8 TIPS MUDAH SEMASA MEMAKAI BABY WRAP SUPAYA ANAK TAK MENGAMUK

05:25:00
Pengunaan BABY WRAP atau PENGGENDONG BAYI memang membuatkan bayi berasa selamat dan tenteram sepanjang digendong. Saya suka tengok ibu-ibu yang mengenakan baby wrap ni kerana bayi nampak comel je dalam gendongan tersebut.

Sebenarnya penting ber "baby wrap" ini daripada hanya letakkan anak di stroller kerana secara tidak langsung turut membantu dalam perkembangan diri si kecil. Tetapi penggunaan stroller pula jangan diabaikan. Saya sendiri memilih ber "stroller" dan ber "baby wrap" mengikut situasi dan keadaan. 

Bagi saya, tak salah sebenarnya anak digendong kerana ia merupakan momen penting dan bayi pun hampir dengan kita. Walau apa pun, kita perlu tahu teknik yang betul ketika ber "baby wrap" ini.

8 TIPS PALING SENANG SEMASA MEMAKAI BABY WRAP

1) Sentiasa membuat latihan terlebih dahulu sebelum mula menggunakannya untuk menggendong bayi. Kita boleh lakukannya di hadapan cermin atau berlatih dengan bantuan video khas di internet.

2) Kain yang berada di bahu mestilah lebar dan menutupi bahu pembawa. JIka ia tidak dilakukan dengan betul,berkemungkinan boleh menjadi penyebab rasa lenguh.

3) Kain di sebelah belakang pula, mesti dilebarkan  sebaik mungkin. Hal ini penting supaya bahagian belakang pembawa dapat menampung berat bayi dengan baik.

4) Muka bayi seharusnya boleh dilihat dengan jelas sehingga dahinya boleh dicium dengan mudah. Oleh itu, dagu bayi tidak boleh bersentuhan dengan dadanya supaya dia boleh bernafas dengan baik.

5) Bagi memastikan keselematan bayi, kain penggendong perlu ketat. Pastikan pipi bayi anda tidak melekat pada dada anda dan bahagian belakangnya sentiasa disokong sempurna.

6) Dalam bahagian tegak, bayi perlu digendong rapat dengan anda supaya bahagian belakangnya disokong dalam keadaan posisi semula jadi. Dalam pada itu, perut dan dadanya perlu bertentangan dengan kita.

7) Bagi memastikan bayi berada dalam keadaan selesa, pastikan punggungnya terletak lebih rendah daripada lututnya.

8) Jika bayi menunjukkan tanda-tanda tidak selesa ketika ber "baby wrap", kita perlu lebih peka dengan tidak mendakapnya tidak terlalu kuat. Si kecil mungkin mempunyai posisi kegemaran maka ibu perlu turuti sahaja. 


2 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA MENGENDONG BAYI

1) Jangan biarkan kain baby wrap sentiasa berada di leher anda setelah bayi tidak lagi digendong. Ini bagi mengelakkan daripada mengalami kesakitan leher.

2) Jangan biarkan kaki bayi tergantung lurus. Keadaan ini mungkin menyebabkannya terkeluar daripada pengendong

Sekarang ni..golongan bapa pun memilih untuk menggunakan baby wrap

Ada banyak jenis baby wrap yang dijual di pasaran mengikut keselesaan kita. Terpulanglah untuk memilih yang sesuai dan yang penting, bila beli tu..mestilah digunakan ye..jangan disimpan je..hihi

No comments:

Powered by Blogger.