JALAN-JALAN CARI MAKAN : STEAKHOUSE DI BANGI

11:34:00



Salam semua..

Nak dijadikan cerita semalam, saya dan suami teringin la pulak nak makan STIK. Kununnya ala-ala orang omputih gitu lunch kitorang. Tetapi, steakhouse yang terdekat pun hanya di SENAWANG dan hanya dibuka pada waktu petang. Adus...macam mana ni..?

Jadinya, kami membuat keputusan untuk ke Bangi memandangkan itu je tempat yang terdekat iaitu lebih kurang sejam dari Kuala Pilah. Mesti korang cakap..."sanggup sungguh kan semata-mata nak makan stik je".Hihi..sanguuuuppppp lah kalau bab makan-makan.

Sebelum bertolak ke sana, saya dan suami dah telan siap-siap Omega Guard. Yela..dah tahu..komfem kami makan banyak.

Kami sampai di restoran lebih kurang pukul 12 tengahari. Ngam-ngam waktu lunch ditambah perut memang tengah lapo. Nyam..Nyam..Jom saya hidangkan gambar kami makan-makan..


Kami pilih LAMAN GRILL sebagai destinasi makan-makan..

Suami saya amik 2 jenis hidangan iaitu lambchop (dah habis dimakan) dan LOBSTER kau...kelllaaassss
Dah tinggal kulit ye...
Fish and Chips kegemaran Irfan..Auni pula suka makan kentang goreng tu je..untuk anak-anak saya order juga CARBONARA SPAGHETI..memang suka sangatlah..

Kalau nak makan kat luar pun boleh..lebih santai gitu...




Ini pilihan saya..Chicken Chop memang sedappppppp...

Kepada sesiapa yang sedang mencari steakhouse yang best di Bangi, boleh lah pergi ke LAMAN GRILL ni. Memang bestttt. Rupanya owner restoran ni ialah Chef Zubir..ala..masterchef tu.

Hidangan kat sini memang nampak 5 star tapi harganya biasa-biasa sahaja. Memang sesuailah untuk kita bawa keluarga datang sini menjamu selera.

Ok semua..nantikan update saya tentang makanan lagi..yummmmyyyy..!!!







No comments:

Powered by Blogger.