TIPS KULIT CANTIK MACAM ARTIS K-POP

04:43:00
Alamak!!!

Jerawat tumbuh lagi? Sebenarnya masalah ini tak serius sangat tetapi anda boleh dapatkan rawatan perubatan jika anda risau.

Selain itu, masalah kulit akan jadi lebih teruk jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mungkin akan mendapat radang kulit atau penyakit kulit lain kerana anda telah kekurangan nutrien.

Jom saya kongsikan beberapa tips senang untuk menjaga kulit anda:

1) Bersihkan kulit muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut kemudian keringkan.

2) Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari.

3) Terlalu banyak sinaran uv matahari boleh menyebabkan kanser kulit.

4) Jangan sesekali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit.

5)Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

Jika anda mahukan kulit yang sihat berseri-seri..jom ikut tips yang saya kongsikan ini. Jemput juga tonton video di bawah..

No comments:

Powered by Blogger.