Benarkah Demam Denggi Berdarah Boleh Mengakibatkan Maut?

08:14:00
Sebelum saya menjawab soalan di atas, ingin saya kongsikan statistik terkini demam denggi 2015 di Malaysia. Buat masa ini, Negeri Selangor mencatatkan 11 000 pesakit denggi dan dikira agak tertinggi buat masa ini. Saya pun ada bersembang dengan salah seorang doktor di sini, kata beliau..doktor-doktor di Selangor sedang bekerja keras bagi membantu pesakit-pesakit denggi ini.


Menjawab persoalan di atas..saya memberikan jawapan "YA" bahawa demam denggi berdarah boleh mengakibatkan maut jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Teruskan bacaan anda kerana saya akan kongsikan dengan lebih banyak mengenai bahayanya demam denggi ini.

Kalau nak tahu, denggi ini adalah jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk AEDES. Anda dikira sebagai pesakit denggi jika bacaan platlet darah menjadi rendah di bawah 150 000/ mikroliter.


Saya nak bagi "warning" kepada mereka yang kerap keluar pada waktu Maghrib kerana pada waktu inilah nyamuk aedes sangat aktif berkeliaran. Selain itu, nyamuk aedes juga keluar dengan sangat aktif pada waktu awal Subuh.

Adakah anda sekarang sedang demam? jika demam anda diiringi dengan batuk dan selsema, maka ia bukanlah demam denggi kerana demam denggi biasanya tidak diiringi dengan batuk dan selsema dan hanya dapat dikesan selepas hari ke 3 hingga hari ke 15. Anda harus berhati-hati jika demam anda tidak disertai dengan batuk dan selsema tetapi pada masa yang sama suhu badan anda sekitar 39 darjah celsius ke atas dan juga badan terasa sengal-sengal, maka segeralah membuat pemeriksaan di hospital atau klinik. Anda berkemungkinan besar mempunyai simptom demam denggi.

Untuk pengetahuan semua, demam denggi tiada ubat tetapi ianya bergantung kepada sistem imun badan kita untuk sembuh sama ada cepat atau lambat. Maka, kita hanya memerlukan sesuatu yang boleh merangsang sistem imun supaya bekerja dengan lebih keras lagi.

Jom kita tengok video ini untuk tips yang terbaik mengelakkan demam denggi..

Untuk pesakit demam denggi, saya cadangkan anda ambil 4 suplimen di bawah iaitu :
Pesakit demam denggi perlu mengawal paras air dalam badan supaya tidak berkurangan. Oleh itu, performance drink sangat sesuai kerana ia membantu menyeimbangkan kadar elektrolit dalam badan.



Diperlukan selepas sembuh daripada demam untuk membantu pembentukan semula sel-sel darah dan membantu mengembalikan tenaga
Vitamin C merangsang sistem imun supaya menghasilkan antibodi dengan lebih banyak
Nutriferon membantu merangsang sistem imun supaya menghasilkan antibodi dengan lebih banyak
Selain mengamalkan suplimen, pesakit demam denggi juga digalakkan mengambil makanan yang mudah untuk dicernakan seperti bubur. Pastikan juga elakkan mengambil makanan pedas, berminyak dan berlemak.

Bayangkan jika anda tidak mengambil langkah-langkah pencegahan ini, pasti maut akan mengundang. Oleh itu, sebelum terlambat, segeralah dapatkan suplimen-suplimen di atas bagi membantu meredakan demam denggi ini. Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma.

Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.