Pengalaman Paling Best Bercuti Di Pulau Tioman

04:33:00
 Salam semua..

Hari ini saya nak share pengalaman saya bercuti di Pulau Tioman pada bulan September 2014 lepas.

Saya pergi ke sana menggunakan pakej pelancongan ke Pulau Tioman. Masa tu saya hanya survey di fanpage sahaja. Booking pun sehari sebelum bertolak kesana kerana kekangan kerja suami saya menyebabkan kami tak boleh nak plan awal. Alhamdulillah..kami ditemukan dengan ejen pelancongan yang boleh dipercayai.

Kami bergerak ke sana pada hari Jumaat dan menaiki feri ke pulau pada pukul 6 petang. Kami selamat tiba di pulau hampir pukul 8 malam. Ketibaan kami disambut oleh petugas chalet dan kami sangat bertuah kerana dapat chalet yang betul-betul berhadapan dengan laut.

Anak-anak bangun seawal pukul 7 pagi semata-mata nak main air laut
On the way untuk bersnorkeling 

Kawasan pertama untuk bersnorkeling



Irfan seronok bermain dengan ikan

Menikmati suasana petang di tepi laut


Usai bersarapan pada pagi sabtu, kami dibawa untuk bersnorkeling ke sekeliling Pulau Tioman. Kami diberi masa separuh hari untuk bersantai-santai berenang-renang bersama ikan. Selalunya kami bersnorkeling berdua sahaja, tetapi kali ini bersama anak-anak. Memang ini pengalaman baru bagi kami.

Pada malam harinya kami menikmati jamuan BBQ yang disediakan oleh chalet. Malam itu, masing-masing lena akibat kepenatan bermain air laut.

Pagi Ahad, kami bergerak pulang pada pukul 9 pagi. Terasa berat nak meninggalkan Pulau Tioman kerana penduduknya sangat ramah dan baik hati. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai "orang pulau".

Kepada anda yang gemarkan percutian yang bukan ala-ala kampung, saya cadangkan anda pergi ke Pulau Tioman. Kami memang tidak memilih pakej percutian yang biliknya mahal kerana sudah tentu masa kami banyak dihabiskan di pantai dan laut.

Semoga saya diizinkan untuk pergi ke sana lagi. Next trip???? InsyaAllah...tunggu update dari saya ye...doakan semoga percutian kami berjalan dengan lancar..

# pssstttt..akibat daripada percutian ini, daku mengalami sunburn yang teruk. Klik sini kalau nak tahu kisah saya atasi masalah sunburn ini>>>>> Tips Mengatasi Masalah Sunburn








2 comments:

  1. Assalam

    Nak tanya pengalaman snorkeling di Pulau Tioman, masa snorkeling cermin mata bole pakai sekali dengan goggle ke?
    Mas Orang berkaca mata

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. selamat malam..
    Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

    jika tuan puan ingin membeli ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
    © www.percutianpulautioman.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.