Family Day Yang Mampu Buat Suami Request Nak Join Lagi

14:21:00
Nak tayang dulu hadiah yang saya dapat semasa Family Day Bintang..TQ semua..

Dah lama sebenarnya anak-anak Shaklee saya merancang untuk menganjurkan family day untuk group Bintang kami. Alhamdulillah..pada 22/11 sehingga 23/11 kami berjaya juga untuk mengadakan family day yang sangat simple tapi luar biasa best!!



6 keluarga Bintang datang untuk memeriahkan program
Program kami diadakan di Hotel Guest anda Spa Port Dickson. Aktiviti dimulakan dengan makan malam bersama-sama.
Kami makan seafood di tepi laut..sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa
Selepas makan malam, masing-masing pulang ke hotel dan bersiap untuk sesi PILLOW TALK. Kami sempat bersolat hajat dan membaca surah al-Mulk bersama-sama. Tak sangka rupanya sesi pillow talk berlanjutan sehingga pukul 2 pagi. Agaknya masing-masing excited sebab tak pernah jumpa antara satu sama lain. Memang sangat best!!
Sesi muhasabah diri sedang berlangsung


Pagi esoknya selepas bersarapan, anak-anak bergembira mandi kolam dan para ibu get ready untuk kelas coaching ala-ala santai gitu. Saya hanya memilih sebuah bilik tidur sebagai tempat untuk kami berbincang memandangkan masing-masing mempunyai anak kecil dan saya rasa pilihan saya sangat tepat. Kami adalah ibu-ibu yang nak menjana pendapatan melalu Shaklee tetapi pada masa yang sama kami tidak mahu mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Katil bersepah dengan makanan dan mainan anak-anak

Sesi tukar-tukar hadiah..nak balik dah..





Kami check out dari hotel pada pukul 12 tengahari dan masing-masing sangat tak sabar untuk aktiviti seterusnya iaitu penjelahan ke 3D Art Gallery.







Lebih kurang pukul 2 petang, kami bertolak pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anak-anak bintang saya yang sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama memeriahkan family day ini. Ada yang sempat berbisik kat saya yang suami nya ajak untuk berfamily day lagi..hihihi...

Kalau anda juga nak merasa kehangatan family day team bintang, jomlah bersama-sama group saya. Saya tidak menjanjikan pendapatan 5angka dalam masa sebulan tetapi saya berani berjanji bahawa jika anda bersungguh-sungguh dan sangat bersemangat untuk menjalankan bisnes Shaklee, 1 juta pasti menjadi milik anda...insyaAllah..



No comments:

Powered by Blogger.