PUNCA DAN CARA MENGATASI ANEMIA PADA KANAK-KANAK

07:40:00
Saya  ingatkan anemia hanya berlaku pada ibu hamil tetapi rupanya golongan kanak-kanak juga berisiko tinggi mendapat anemia.

Anemia ialah penyakit kurang darah merah dalam badan dan akan menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen dalam darah.
Kesan daripada kekurangan darah merah ini, anak anda akan mudah penat dan letih. Ia akan berterusan sehingga remaja dan boleh menjejaskan pertumbuhan. Anak-anak kelihatan tidak aktif seperti orang lain dan mudah hilang fokus.


Pada situasi lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan organ badan tidak berfungsi sempurna termasuk masalah kegagalan jantung dan strok.

Simptom anemia pada kanak-kanak ini adalah sama sahaja dengan orang dewasa iaitu :

1) Lemah dan letih

2) Kurang fokus

3) Kekurangan selera makan

4) Kurang aktif seperti kanak-kanak yang lain

5) Kadar denyutan nadi yang tinggi

6) Susah bernafas terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak

7) Kelihatan pucat dan ia lebih ketara pada bahagian kaki dan tapak tangan

8) Pembengkakan hati dan limpa

9) Lemah sistem imun badan

10) Emosi yang tidak stabil

11) Pening dan cepat pitam


Itulah pentingnya kanak-kanak perlu dibawa check up di klinik sehingga berumur 6 tahun. Ini bagi memastikan kesihatan anak-anak kita terjamin dan kita pun akan sentiasa senang hati..kan???

Sebelum itu, jom saya tunjukkan video bagaimana ibu-ibu ini mengatasi masalah anaknya yang kerap sangat sakit




Punca anemia pada kanak-kanak adalah kerana kekurangan zat besi dalam makanan. Selain itu, ada 7 sebab lagi yang menjadi faktor utama anemia pada kanak-kanak ini, iaitu :

1)  Penyerapan zat besi yang rendah dalam darah

2) Kehilangan darah yang berterusan terutamanya ketika datang haid bagi kanak-kanak perempuan

3) Keperluan meningkat akibat pertumbuhan badan kanak-kanak yang cepat

4) Penyakit seperti thalasemia juga boleh menyebabkan anemia

5) Kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan anemia jika kanak-kanak tersebut terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan sel-sel darah merah pecah seperti kacang parang dan sesetengah ubat.


Ibu-ibu janganlah cepat susah hati jika anak anda disahkan oleh doktor mengalami anemia. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Masalah anemia pada kanak-kanak ini bukanlah suatu masalah yang serius jika kita mengambil langkah yang tepat untuk mengatasinya.

Ibu-ibu boleh berikan makanan tinggi zat besi dalam diet harian anak-anak. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah buah-buahan, sayuran hijau, kuning telur, daging ayam dan lembu, ikan, sotong dan ikan bilis.

Berikan anak anda suplimen yang mengandungi kandungan zat besi bagi membantu menambahkan lagi kandungan zat besi dalam darah mereka. Suplimen yang saya syorkan ialah Vita-lea for children, dan Chewable Vitamin C keluaran daripada Shaklee. Semua vitamin ini sangat selamat kerana pihak Shaklee mempunyai ramai saintis dan pakar nutrisinya yang tersendiri bagi memastikan kualiti produknya terjamin.

Vitamin C sangat penting kerana ia sangat membantu penyerapan zat besi ke dalam darah. Oleh itu,galakkan anak-anak mengambil banyak buah-buahan disamping amalkan suplimen Chewable Vitamin C.  Elakkan juga anak-anak daripada mengambil minuman berkafein dan teh kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam darah.

Kesimpulannya disini, kita sebagai ibu mestilah memastikan keperluan zat besi anak-anak mencukupi supaya anak kekal cergas dan cerdas. Jika ada ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan Vitalea for Children, Mealshakes dan Chewable Vitamin C boleh hubungi saya bagi dapatkan konsultasi yang paling best mengenai kesihatan anak anda.



NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.