9 CARA MENCEGAH VIRUS MERS KETIKA MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

15:22:00
SINDROM PERNAFASAN TIMUR TENGAH (MERS - COV) yang kini menular di Korea Selatan telah meragut 27 nyawa setakat ini. 

Sebenarnya krisis di Korea Selatan ini telah mencatat jumlah yang tertinggi selepas negara timur tengah. Patutlah semasa saya menunaikan umrah pada Jun 2015, semua jemaah tidak dibenarkan melawat ladang unta. Kesian saya kan? tak dapat nak naik unta,hihi..



Saya sebenarnya tidak tahu pun tentang virus Mers ini sehinggalah saya sampai di Mekah kerana memang sudah dibuat pemberitahuan dan di war- war kan tentang virus ini di sana.

Apakah virus MERS ini?

Ia adalah "beta coronavirus" yang pertama kali dilaporkan pada 2012 di Arab Saudi. Coronavirus ini biasanya menyebabkan gangguan pada pernafasan mamalia termasuklah manusia.

Bagi orang-orang Malaysia yang menunaikan umrah dan haji, masalah pernafasan seperti batuk dan selsema adalah perkara biasa. Ini mungkin disebabkan faktor persekitaran yang berubah. Kawan-kawan saya semasa menunaikan umrah ketika itu juga ramai yang mengalami batuk dan selsema, Ada juga yang demam dan terpaksa berada di dalam bilik berhari-hari.

Alhamdulillah, walaupun ramai kawan saya yang batuk dan selsema, mereka masih selamat daripada gangguan masalah virus MERS. Antara simptom virus MERS ini ialah :

1) Demam

2) Batuk

3) Sukar bernafas

4) Mengalami radang paru-paru

5) Masalah cirit-birit

Untuk bakal haji dan hajah, jom saya kongsikan 9 cara mencegah virus MERS ketika menunaikan haji dan umrah :

1) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air sabun selepas bersin, batuk dan bersalaman.

2) Semasa dalam tempoh menunaikan haji dan umrah, pastikan anda memakai penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan.

3) Elakkan mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terlibat dalam kejadian wabak MERS Cov di negara tersebut.

4) Elakkan daripada melawat ke ladang atau menyentuh sebarang jenis haiwan khususnya unta.


5) Elakkan daripada minum susu unta mentah atau air kencing unta.

6) Elakkan daripada memakan makanan mentah tanpa dimasak dengan sempurna terutamanya daging unta

7) Sekiranya anda baru pulang ke Malaysia dan mengalami simptom-simptom seperti di atas, segera berjumpa dengan doktor bagi dapatkan rawatan lanjut.

8) Sebelum pergi menunaikan haji dan umrah, pastikan bawa bekalan suplimen-suplimen bagi membantu menguatkan sistem imun badan.

Alhamdulillah, sepanjang saya menunaikan umrah tersebut, tiada sebarang masalah pernafasan seperti batuk dan selsema yang saya alami. Dengan izin Allah juga, badan saya sihat selepas mengamalkan dengan konsisten suplimen-suplimen ini sepanjang 2 minggu saya berada di Mekah dan Madinah.

Nak Tahu Saya Amalkan Suplimen Apa? (Klik Sini)

Walaupun virus MERS ini sedang menukar di Timur Tengah, ia sedikit pun tidak menghalang umat Islam untuk pergi menunaikan ibadat kepada ALLAH. Saya doakan kalian semua diberikan kesihatan yang optimum ketika menunaikan haji dan umrah.





No comments:

Powered by Blogger.