15 CARA MENGATASI KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL

05:39:00



Kaki bengkak ketika hamil adalah perkara biasa untuk ibu-ibu yang hamil. Ada yang mengalaminya ketika dari awal mengandung  dan ada yang mengalami kaki bengkak ketika hampir bersalin atau usia kandungan mencecah trimester ketiga.

Walau apa pun, pengalaman kaki bengkak ketika mengandung adalah satu pengalaman indah bagi saya. Ketika mengandungkan anak pertama, saya mengalami bengkak kaki atau edema seawal usia kandungan 5 bulan tetapi semasa anak kedua bengkak kaki saya datang ketika trimester ketiga.


Antara masalah yang selalu dihadapi jika mengalami bengkak kaki ketika hamil ialah kerap rasa sakit ketika pijak di lantai. Yang lagi tak bestnya apabila tak muat nak pakai sandal. Dah nampak macam kaki gajah..hihi.

APAKAH PUNCA KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL?

Kaki bengkak ketika hamil ini terjadi apabila cecair berlebihan terkumpul di tisu. Semasa mengandung, berlaku banyak perubahan kimia dalam darah dan ini menyebabkan air lebih banyak akan terkumpul di tisu.

Selain itu, bayi dalam kandungan yang semakin membesar juga akan memberikan tekanan kepada urat pelvik dan vena kava. Vena kava ialah urat besar di sebelah kanan badan yang membawa darah dari kaki belakang ke jantung). Tekanan itu akan melambatkan pengaliran darah daripada kaki ke jantung. Ini akan menyebabkan darah terkumpul dan memaksa cacair dari kapilari darah masuk kedalam tisu-tisu kaki dan buku lali.

Bengkak kaki ketika hamil lebih cenderung untuk berlaku ketika tengahari atau semasa musim panas.


BAGAIMANAKAH CARA MENGATASI BENGKAK KAKI KETIKA HAMIL ?

1) Semasa tidur, pastikan kaki diletakkan ada aras lebih tinggi daripada badan.

2) Sapu minyak kayu putih pada seluruh kaki sebelum tidur
  
3) Elakkan daripada kaki tergantung semasa duduk di kerusi. Mungkin boleh lapik kaki di
bawah atau pun duduk bersilang kaki
  
4) Rendam kaki dengan air garam yang sedikit suam
  
5) Digalakkan makan pisang kerana ia mengandungi potassium yang dapat membantu mengurangkan bengkak kaki ketika hamil
  
6) Rendam kaki dengan air garam yang dicampur dengan asam gelugor
  
7) Sapu krim pati hali ke seluruh kaki terutamanya sebelum tidur

8) Jika terasa kaki bengkak ketika duduk agak lama, cubalah untuk berjalan seketika untuk menggalakkan pengaliran darah
  
9) Jika banyak duduk semasa bekerja, letakkan kaki 90 darjah daripada kedudukan badan.
  
10) Jangan memakai sarung kaki yang ketat

11) Minum banyak air

12) Elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan kandungan garam seperti makanan segera

13) Elakkan makan jeruk atau asam

14) Mengambil Ostematrix Shaklee sebagai salah satu suplimen harian kerana kandungan magnesium. kalsium dan Vitamin D di dalamnya dapat membantu mengurangkan masalah kaki bengkak ketika hamil.

15) Digalakkan minum minuman berelektrolit seperti Performance Drink Shaklee kerana ia berfungsi menyeimbangkan kandungan air di dalam badan. Secara tidak langsung, dapat membantu mengelakkan berlakunya lebihan air di tisu badan.


Disini saya sertakan satu testimoni seorang ibu hamil yang berjaya mengurangkan bengkak kaki selepas mengamalkan tips di atas.



Pesanan orang tua-tua, kalau bengkak kaki dah surut tu maknanya dah hampir nak bersalin. Mungkin ini boleh dijadikan panduan untuk ibu hamil. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda mengatasi kaki bengkak ketika hamil.

Jika ada yang berminat nak mendapatkan konsultasi saya mengenai suplimen Shaklee yang boleh mengatasi kaki bengkak ketika hamil, boleh hubungi saya dengan segera sebelum kaki bengkak anda itu menjadi lebih teruk.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com


















No comments:

Powered by Blogger.