13 TIPS MUDAH TINGKATKAN AURA POSITIF DALAM RUMAH

14:59:00
Saya tahu ramai yang mengidamkan suasana yang positif di rumah kerana ia sangat bertepatan dengan perumpamaan " RUMAHKU SYURGAKU". Mestilah kita mahukan suasana rumah yang harmoni supaya kita dapat tinggal dengan gembira bersama anak-anak dan keluarga.

Antara kesan aura negatif yang terlalu banyak di dalam rumah ialah :

1) Kerap berlaku perselisihan faham antara pasangan suami isteri

2) Anak-anak kerap bergaduh dan tidak mahu mendengar cakap ibu bapa

3) Badan kerap letih dan sentiasa rasa mahu tidur apabila berada di dalam

4) Tidak suka berada di rumah dan lebih selesa berada di tempat lain


Siapa suka dengan kesan aura negatif yang terlalu banyak ini???



Jom saya kongsikan 14 tips mudah tingkatkan aura positif di dalam rumah :

1) Buka semua tingkap di rumah dan biarkan udara segar dan cahaya matahari untuk masuk ke rumah. Pengaliran udara yang baik dan pencahayaan dari sumber matahari adalah pengalir keluar aura negatif yang baik.

2. Buang semua barang-barang lama yang tidak langsung diperlukan. Ia akan menarik dan mengumpulkan tenaga negatif di dalam rumah.

3) Elakkan memakai kasut di dalam rumah dan hanya berkaki ayam kerana ia akan membantu kita menyerap segala tenaga positif di dalam bumi.

4) Letakkan kasut di luar rumah bagi memastikan semua aura negatif berada diluar rumah. 

5) Keluar berjalan-jalan di taman untuk menyedut udara yang segar bagi memastikan keseimbangan aura positif dalam diri.

6) Kerap menyapu lantai kerana ia adalah salah satu cara untuk membuang aura negatif melalui habuk-habuk.

7) Garam batu adalah satu lagi penghilang aura negatif. Mencuci atau mengemop lantai anda dengan segenggam garam batu dalam sebaldi air dapat memastikan bahawa setiap sudut dan penjuru rumah itu kehilangan tenaga negatif.

8) Cuba untuk tanam tumbuh-tumbuhan hidup disekeliling rumah bagi memastikan penambahan aura positif di rumah.

9) Mandi atau merendam kaki dan tangan anda di dalam air garam batu dapat membuang aura negatif yang melekat pada badan dan membersihkan aura anda.

11) Istiqamah dalam menunaikan solat dapat meningkatkan getaran positif di dalam rumah

11) Pastikan fikiran, tindakan dan ucapan positif. Sentiasa berfikiran positif di rumah.

12) Pastikan rumah anda mendapat sumber pencahayaan daripada lampu dengan baik. Cahaya dapat membuang negatif.

13) Beriman kepada ALLAH dan yakin semua yang berlaku ditetapkan oleh ALLAH.

Jom kita sama-sama berubah....

No comments:

Powered by Blogger.