9 TIPS CEPAT HAMIL SUPAYA KASIH SAYANG SUAMI ISTER LEBIH ERAT

05:19:00
Kebanyakan pasangan yang berkahwin pastinya inginkan zuriat secepat mungkin. Pelbagai tips cepat hamil telah dicuba supaya proses untuk hamil menjadi lebih singkat. Namun begitu, hanya 10 hingga 15 peratus pasangan akan mengalami masalah untuk hamil.

"Kajian menunjukkan kadar kesuburan wanita menurun dengan peningkatan usia, Wanita berusia melebihi 35 tahun mempunyai kadar kehamilan yang berkurangan sebanyak separuh daripada wanita muda berumur  kurang dari 26 tahun"

Saya sering mendengar rungutan kawan-kawan yang sukar untuk hamil. Mereka sangat tertekan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang kerap kali mengajukan soalan. Antaranya...

"Kamu ni bila lagi..adik kau pun dah dua anak"

Malah ada yang mengalami stress dan kemurungan serta tidak sanggup pulang ke kampung menghadap keluarga sendiri.


Menurut kaedah perubatan, ada 2 punca susah hamil yang dikaji iaitu :

1) Masalah berkaitan ovulasi dimana ia disebabkan oleh obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang.

2) Saluran falopio yang tersumbat atau rosak yang mungkin disebabkan endometriosis, jangkitan kelamin atau pembedahan pelvis sebelum ini.


Selain daripada 2 punca tidak hamil di atas, faktor kesuburan lelaki juga perlu di ambil berat. Kadang-kadang jumlah sperma lelaki yang tidak berkualiti akibat merokok juga menjadi sebab pasangan sukar hamil. Walaupun pelbagai cara hamil cepat dan mudah dicuba, tetapi jika suami masih mengekalkan tabiat merokok pastinya kualiti sperma di tahap tidak berkualiti.

9 TIPS CEPAT HAMIL

1) Pilih amalan hidup yang sihat dengan melakukan senaman yang lebih kerap mengekalkan berat badan yang ideal bagi membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi berlaku dengan lebih teratur. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kesuburan wanita.

2) Elakkan daripada merokok untuk membolehkan peningkatan jumlah dan kualiti sperma bagi meningkatkan kesuburan lelaki.

3) Jauhkan diri dan pasangan daripada penyakit jangkitan seksual.

4) Pertingkatkan hubungan kelamin dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur ( hari ke12 hingga 16) untuk mudah hamil.

5) Elak kebiasaan memakai seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki

6) Dapatkan rawatan awal jika kitar haid tidak teratur atau semasa sakit senggugut. Ini mungkin boleh menjejaskan waktu subur wanita.

7) Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta mendapatkan sokongan keluarga dan rakan-rakan

8) Berdoa dan berharap agar usaha untuk ingin hamil dipermudahkan. Mudah-mudahan berkat kesabaran akan membuahkan kejayaan.

9) Pastikan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang bagi membolehkan badan dan organ berfungsi secara optimum. Makanan tambahan dan suplimen mungkin diperlukan sekiranya jadual pemakanan tidak teratur. Antara suplimen yang saya cadangkan ialah SET KESUBURAN SHAKLEE.

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang SET KESUBURAN SHAKLEE?(KLIK SINI)


Jom kita tengok video Puan Ainul yang telah berjaya hamil dan sangat cergas sepanjang tempoh kehamilannya.



Masyarakat kita sering menyalahkan pihak wanita jika tidak lagi mendapat zuriat. Cara yang terbaiknya ialah kedua-dua suami dan isteri pergi mendapatkan rawatan daripada doktor. Cuba untuk kenalpasti masalah masing-masing dan mencari jalan penyelesaian.


Semoga 9 tips cepat hamil yang saya kongsikan ini dapat membantu pasangan suami isteri yang ingin cepat dapatkan zuriat supaya kasih saya suami isteri menjadi lebih erat.


NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com





No comments:

Powered by Blogger.