5 LANGKAH PENCEGAHAN CHICKEN POX KETIKA HAMIL.

11:08:00
Chicken pox atau cacar air adalah jangkitan virus yang dipanggil varicella. Selepas dijangkiti, pesakit selalunya akan mengalami ruam yang kemerahan berbentuk seperti jerawat dan timbul seakan-akan gelembung air.

Sebelum itu pesakit selalunya akan mengalami demam dan sakit seluruh badan. Kajian menunjukkan 95% wanita apabila menjangkau dewasa sudah kebal terhadap jangkitan itu. Tetapi bagaimana pula jika virus ini berjangkit kepada ibu hamil?

Saya pernah alami chicken pox yang amat teruk ketika berumur 22 tahun. Seluruh badan saya dipenuhi dengan parut chicken pox terutamanya di bahagian muka. Ambil masa setahun untuk saya hilangkan segala parut ini. Rupanya ada cara cepat untuk hilangkan parut chicken pox ni. Jom tengok video di bawah.




Menurut kajian perubatan, puratanya hanya sekali sahaja seumur hidup seseorang itu akan dijangkiti chicken pox. Rasa lega juga saya mendengarnya kerana kebarangkalian untuk saya mendapat chicken pox ketika hamil adalah rendah. Banyak risiko sebenarnya apabila mengalami chicken pox ketika hamil.


Antara risiko chicken pox ketika hamil ialah :

1) Jika kandungan di bawah umur 13 minggu, risikonya sangat rendah dan hanya beberapa peratus bayi sahaja yang menerima kesan sampingan.

2) Di antara minggu ke-13 dan ke-20, risikonya meningkat sedikit sehingga kurang daripada 1% akan terjejas.

3) Di antara minggu ke-20 dan ke-36 kehamilan, bayi anda berkemungkinan besar tidak akan terjejas, Namun, bayi anda mungkin akan terkena chicken pox dalam beberapa tahun pertama.

4) Selepas minggu ke 36, risikonya meningkat sekali lagi. Jika ibu dijangkiti ketika ini, maka bayi anda mempunyai satu dalam dua kemungkinan turut dijangkiti.

5) Jika ibu mendapat cacar air ketika tujuh hari sebelum atau tujuh hari selepas melahirkan anak, bayi tersebut berisiko yang serius kerana dia tidak akan menerima banyak antibodi daripada ibu untuk meningkatkan sistem imunnya.

Bahaya juga kan mengalami chicken pox ketika hamil? Kesian baby terpaksa menerima juga kesannya daripada ibu.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya bayi telah dijangkiti chicken pox? 

1) Ujian amniosintesis boleh menunjukkan sama ada terdapat tanda-tanda virus cacar air dalam cecair amnion (air ketuban) ibu tetapi ini tidak bermakna bahawa bayi akan menghidap cacar air di dalam uterus.

2) Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh dijalankan di antara minggu ke-16 dan ke-20 kehamilan untuk memeriksa organ-organ penting bayi supaya berada dalam keadaan sihat.


Ibu yang mengalami chicken pox ketika hamil juga terpaksa menahan sakit ini untuk beberapa ketika. Dahlah sedang mengandung, di tambah pula dengan masalah chicken pox. Aduhai..kesiannya...Chicken pox ni of course lah akan rasa gatal-gatal di seluruh badan dan memang akan tergaru-garu juga.

5 langkah pencegahan chicken pox ketika hamil 

1) Jika anda tidak pasti sama ada anda pernah mendapat chicken pox atau belum, anda boleh jalankan ujian darah untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai antibodi terhadap chicken pox. 

2) Jika keputusannya menunjukkan bahawa ibu tidak mempunyai antibodi untuk virus ini, doktor akan mencadangkan ibu mengambil suntikan vaksin zoster imun globulin (VZIG) untuk melindungi ibu dan bayi

3) VZIG akan mengurangkan risiko jangkitan tetapi ibu perlu mengambilnya dalam masa 10 hari selepas terdedah dengan virus itu. 

4) Jika dalam masa tiga minggu atau lebih selepas mengambil VZIG, ibu bersentuhan dengan mereka yang menghidap chicken pox, maka ibu perlukan satu lagi dos tambahan untuk VZIG.

5) Ibu boleh mengambil beberapa suplimen antioksidan bagi membantu menguatkan sistem imun badan. Antara yang dicadangkan ialah :






Walapun masalah chicken pox ketika hamil ini nampak remeh tetapi ia perlu ditangani serius kerana melibatkan ibu dan bayi di dalam kandungan. Mungkin tidak banyak kes yang kita tahu mengenai ibu-ibu yang mengalami chicken pox ketika hamil, tetapi apa salahnya kita mengambil langkah-langkah berjaga-jaga.

Walaupun saya telah mengalami chicken pox suatu ketika dulu, saya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan suplimen-suplimen antioksidan ini disamping Set Hamil Shaklee

Sebenarnya badan ibu hamil sangat mudah dijangkiti dengan penyakit memandangkan antibodi ibu perlu dikongsi bersama anak.Oleh itu, ibu perlu mengambil langkah bagi meningkatkan aras antibodi di dalam badan.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu untuk menambah ilmu mengenai chicken pox ketika hamil. Jika anda yang berminat untuk mengetahu dengan lebih lanjut mengenai suplimen antioksidan ketika hamil, boleh dapatkan konsultasi percuma dan terbaik daripada saya.


NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.