TIPS KEKAL CANTIK SELEPAS BERSALIN SUPAYA KEMBALI KURUS

04:55:00
Rasa rendah diri kerana tidak cantik selepas bersalin sering menghantui wanita. Salah satu faktor perasan sendiri tidak cantik disebabkan kulit kusam dan berat badan semakin bertambah. Betul tak?

Apabila badan sudah berisi sana-sini, baju-baju yang "voque" banyak tak muat dan inilah yang menyebabkan timbul rasa rendah diri kerana tidak cantik. Bila dah ada rasa diri tak cantik, mula lah nak ada prasangkan tak elok pada suami.

Mula lah rasa tercabar bila suami pulang lewat dan bila suami melawa sedikit pun dah mula rasa nak melenting. Kadang-kadang akan timbul juga perselisihan faham akibat sering "jeles" dengan suami akibat diri sendiri yang dah rasa tak cantik selepas bersalin.

Cantik itu tidak datang dengan sendiri dan kita perlu mengekalkannya. Saya ingat lagi pesanan ibu setiap kali berpantang " Pantang betul-betul kalau nak badan cantik balik"

Uish..mestilah saya nak kembali langsing dan kekal awet muda kan? selalunya 3 hari selepas bersalin saya akan mula berurut. Proses bersalin adalah suatu keadaan di mana banyak tenaga diperlukan . Sangat penting untuk berurut untuk memulihkan tenaga dan menegangkan kembali urat yang kendur.

Jomlah saya kongsikan 4 petua selepas bersalin yang kita perlu buat


BERTANGAS

Fungsi bertangas ini adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ia juga mengecutkan rahim, merapatkkan semula rahim wanita dan mengharumkan kewanitaan. Antara ramuan tangas yang selalu digunakan ialah daun sirih, halia, biji manjakani, daun inai, garam bukit dan sebagainya.

Cara untuk bertangas ialah dengan duduk di atas kerusi yang berlubang dan ramuan tersebut diletakkan di bawah. Tiada had masa untuk bertangas tetapi kebiasannya hanya 30 minit sahaja. Kalau boleh, lakukan ia selang 2 hari supaya hasil yang lebih baik diperolehi.



BERURUT

Terapi urutan dapat meregang dan mengendurkan otot kejang serta meningkatkan pergerakan sendi. Urutan juga boleh mengaktifkan sistem saraf parasimpatis tubuh untuk melawan respon negatif tubuh terhadap stress. Dengan urutan, ia dapat membantu meredakan ketegangan otot dan membolehkan degupan jantung kembali normal.


Selepas bersalin terlalu banyak otot yang kejang akibat proses bersalin yang memerlukan kekuatan fizikal kita. Otot yang kejang ni boleh mengurangkan peredaran darah, memberi kesan penat dan sakit. Itulah yang menyebabkan ibu berpantang mudah stress dan kadang-kadang ada yang cepat meroyan. Dengan berurut, ia dapat meredakan masalah urat berselirat tersebut dan membantu meredakan ketegangan.



BERTUNGKU

Inilah part yang ramai tak suka buat dengan alasan bertungku ni susah. Terpaksa panaskan batu, terpaksa pegang batu yang berat dan terpaksa ambil masa setiap hari. Kalau boleh jangan skip langsung bertungku ketika berpantang kerana ia membantu melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan dan juga boleh menguruskan badan.

Batu tungku ni ada 2 jenis iaitu batu sungai yang lebih ringan dan batu besi yang lebih berat. Pilihan saya yang ada ialah batu besi kerana ia lambat sejuk dan saya boleh mengambil masa yang lama untuk bertungku.

Selalunya batu tungku tersebut akan dibalut dengan daun mengkudu supaya bau yang harum akan dikeluarkan dan ia juga sebagai salah satu aroma terapi. Rugi jika anda abaikan terapi bertungku ini kerana ia lebih fokuskan kepada proses pengecutan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkan rahim.


MANDI REMPAH

Mandi rempah adalah penting kerana ia akan membantu memberi bau harum kepada tubuh. Ramai yang tidak suka mandi rempah kerana tidak suka kan bau nya yang melekat pada badan. Sebaliknya saya memang suka sangat-sangat mandi rempah ni sebab badan saya akan rasa segar dan bersih.

Selalunya ibu saya akan rebus daun pisang, daun limau purut, daun serai wangi, daun pandan,daun temu dan beberapa daun herba lain supaya ia menjadi satu mandian berempah. 


Cukuplah 4 petua untuk kekal cantik selepas bersalin yang dapat saya kongsikan di atas. Selain itu juga, saya memilih SET BERPANTANG SHAKLEE selepas bersalin supaya badan saya kekal bertenaga dan cukup nutrisi.


Saya suka mengamalkan Set Berpantang Shaklee kerana badan saya kekal cergas dan dalam pada yang sama susu badan pun banyak .Selain itu, saya juga tidak mengalami masalah sembelit ketika berpantang sehingga berdarah-darah. Kalau tak percaya, boleh lihat video pendek di bawah.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Biar pun banyak rawatan moden untuk pulih selepas bersalin, jangan dilupakan rawatan tradisional tau. Jika anda memerlukan konsultasi mengenai tips kekal cantik selepas bersalin, boleh hubungi saya untuk dapatkan info yang lebih terbaik.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com







No comments:

Powered by Blogger.