7 cara bekerja di bulan Ramdhan

05:03:00

Alhamdulillah, setakat ini saya mempunyai pengalaman berpuasa sambil mengandung dan pengalaman berpuasa sambil menyusukan anak. Sebenarnya agak mencabar apabila berpuasa dalam keadaan sebegini, tetapi alhamdulillah..dengan izin Allah saya mampu untuk melakukannya dengan sempurna walaupun terdapat kekangan.


Bukan saya sahaja yang merasai pengalaman berpuasa ketika hamil dan menyusukan anak, ramai lagi ibu yang telah berjaya melaksanakan perintah ALLAH ini dengan cukup sempurna. Anda boleh tengok klip video di bawah bagaimana Puan Haridah cukup bertenaga dan ceria ketika berpuasa



APAKAH CARA BEKERJA YANG BOLEH MENGELAKKAN  BERKURANGNYA PAHALA PUASA


KEKALKAN PRESTASI

Momentum kerja tidak seharusnya menurun apabila tiba bulan Ramadhan. Sebaliknya ia harus dikekalkan malah lebih menarik jika ia boleh dipertingkatkan.


JANGAN BERMALAS-MALASAN

Tidak dinafikan badan pasti berasa kepenatan lebih-lebih lagi apabila terdedah pada terik matahari di bulan puasa. Namun janganlah bermalas-malas di pejabat dan hanya duduk sahaja.

Jika dilayan rasa malas itu, pasti kerja tidak akan siap. Cuba untuk lawan rasa itu dan selesaikan kerja mengikut jadual yang disusun.


JANGAN TOLAK KERJA

Biar pun dalam bulan Ramadhan, usah beri seribu satu alasan untuk menolak kerja yang diberikan oleh ketua. Terima secara terbuka dan cuba susun jadual sebaik mungkin.

SEGAR DAN BERTENAGA

Tenaga yang ada dalam tubuh pasti berkurangan ketika bulan puasa. Oleh itu pastikan anda sahur dan berbuka puasa dengan makanan berkhasiat supaya badan tidak kekurangan nutrisi. Jika inginkan sahur yang berkhasiat dan bertenaga selain daripada makan nasi, anda boleh amalkan SET TRIPLE GEM Shaklee.


DEKATI ALLAH

Bulan puasa tidak sama seperti bulan-bulan lain. Sesibuk mana pun kerja di pejabat,janganlah dilupakan untuk meluangkan sedikit masa untuk beribadat kepada ALLAH.

KURANGKAN BERCAKAP

Tidak salah untuk bersikap ramah namun apa kata kurangkan bercakap di bulan puasa. Ia bagi mengelakkan diri daripada memperkatakan hal-hal yang tidak berfaedah dan merosakkan pahala puasa.

PENAMPILAN BERSESUAIAN

Sebagai menghormati bulan puasa, jaga tingkah laku dan juga penampilan diri. Jangan bersikap keterlaluan sehingga menjejaskan imej diri.



Bulan Ramadhan tidak bermaksud kita tidak perlu berusaha bahkan ia sepatutnya membuka jalan untuk kita menjadi pekerja yang lebih baik. Mungkin ada yang perlu dikekalkan, dikurangkan atau dipertingkatkan. Jadi, kekalkan etika ini supaya anda sentiasa menjadi yang terbaik.

No comments:

Powered by Blogger.