AWAS!!! MSG ATAU "AJI NO MOTO" MENYEBABKAN GEMUK

07:59:00
Anda mungkin telah atau belum mengetahui bahawa MSG boleh menyebabkan masalah neorologi atau saraf. Anda mungkin juga tidak pernah mengetahui bahawa MSG menyebabkan berat badan bertambah.

Beberapa kajian ke atas haiwan iaitu tikus yang diberi makan MSG, tikus tersebut menjadi obes dan ada yang menjadi BUTA. Selain itu, salah satu cara saintis untuk meningkatkan obesiti haiwan makmal yang menjadi kajian ialah dengan memberi haiwan makan MSG!!!


Jom saya kongsikan bagaimana MSG ini boleh menyebabkan kita menjadi gemuk:

1) Ia akan mencederakan hipotalamus iaitu sejenis kelenjar dalam otak yang berperanan mengawal selera makan. Disebabkan kecederaan itu, kita tidak dapat mengawal selera makan dan akhirnya menyebabkan kegemukan.

2) MSG akan merosakkan isyarat LEPTIN  dimana leptin berfungsi untuk menghantar isyarat kenyang ke otak. Apabila isyarat ini rosak, semakin lambat isyarat kenyang akan dihantar, maka anda akan makan keterlaluan sehinggalah isyarat kenyang itu sampai.

3) Ibu hamil dan ibu menyusu yang sentiasa makan MSG akan menyebabkan terganggunya pusat kawalan selera bayi. Ini bakal meng OBESITI kan anak anda kerana tidak dapat mengawal selera makan.

Adalah sangat penting untuk kita semua mengelakkan makanan yang diproses kerana ia mengandungi MSG, walaupun tidak ditulis pada label. Sebenarnya jika pada label dinyatakan "rempah", "perisa" , "perisa semula jadi", "asid sitrik" atau apa-apa yang "hydrolized" atau "autolyzed", makanan tersebut mungkin mengandungi MSG. Sup yang ditinkan, makanan yang disejuk beku dan pelbagai jenis sos juga mungkin mengandungi MSG.

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memilih makanan yang terbaik supaya kesihatan anda terjamin sekaligus anda dapat mengawal berat badan.

SAY NO TO MSG

No comments:

Powered by Blogger.