YOGURT:DIET YANG MENGGEMUKKAN


Yogurt mungkin salah satu alternatif snek sihat untuk menurunkan berat badan. Pengambilannya bukan sahaja membantu diet yang anda lakukan tetapi boleh menjadikan senyuman anda lebih indah. Walau bagaimanapun, tidak semua yogurt rendah kalori dan tanpa gula kerana ada sesetengah yogurt boleh membuatkan anda bertambah gemuk.
Yogurt rendah lemak boleh menggemukkan??

Ya..rendah lemak bukan bermaksud tiada lemak langsung dan bukan bermakna anda boleh mengambilnya setiap hari. Carilah yogurt yang mempunyai kandungan lemak sekurang-kurangnya 2g dalam satu hidangan  dan jika sumber lemak lebih daripada 4g, ia boleh membahayakan kesihatan jantung.

3 perkara yang perlu anda tahu sebelum mengambil yogurt

a) Yogurt yang mengandungi potongan buah yang telah diawet memang mengandungi jumlah gula yang berlebihan berbanding sekeping coklat kecil.
b)Salah satu cara untuk menikmati yogurt adalah dengan menambahkan topping.Tapi, jangan silap pulak..penambahan topping akan menambahkan lagi kalori makanan anda. Ape kata..letakkan topping yang sihat seperti almond,kismis dan sebagainya
c)Sekarang ni,ramai yang gemar menikmati frozen yogurt seperti tutti frutti..Tak salah nak menikmatinya sekali sekala tapi tahukah anda???yogurt jenis ini tidak mengandungi kandungan probiotik yang diperlukan oleh badan. Lebih baik anda menikmati yogurt biasa tanpa pemanis yang mengandungi probiotik.


Untuk mengetahui tips kesihatan dan kecantikan boleh hubungi saya

NAD
SID 914093
call/sms/whatsapp 019-2639545

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ni. Kalau Nestle Yogurt Fat Free ok x untuk dimakan sebagai snak dan sarapan setiap hari?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.