TIPS SEMASA BERPANTANG

05:10:00

Salam semua..hari ini saya nak kongsi tips semasa berpantang..apa yang boleh dan tak boleh..petua-petua ni saya amik mengikut pengalaman saya yang telah berpantang 2x setakat ni..hehehe..coming soon for da next baby..

Berikut adalah beberapa cara berpantang yang saya boleh kongsikan dengan anda semua:

  • Mandi dengan air rebusan pelbagai jenis daun. Antaranya daun senduduk, serai wangi, daun pisang kela, daun jambu batu, tanduk rus. Air rebusan ini akan dicampurkan dengan air suam, kemudian dijadikan air mandian setiap pagi dan petang sehingga habis tempoh berpantang
  • Selepas tujuh hari, mulakan berbengkung panjang(sekurang-kurangnya 10 meter kain) dibelit ketat dari bawah paha hingga bahagian atas pinggang. Tujuannya untuk membentukkan semula pastur tubuh kepada bentuk asal.
  • Sebelum berbengkung, perut akan dibarut dan tubuh akan disapukan dengan bedak panas. Tujuan barut untuk memencahkan lemak dan bedak panas menghalangkan tubuh dari dimasuki angin.
  • Begitu juga dengan pilis dan paran tujuan tampalan ini untuk menjauhi angin dan mengelakkan pening kepala.
  • Makan hanya tiga kepal nasi panas-panas sahaja. Tidak boleh tambah atau makan bersulam air. Tujuannya mengelakkan air mengembangkan rahim dan organ peranakanan
  • Jangan meneran semasa buang air besar, hendaklah duduk tertimpuh ( duduk dengan kaki berlipar sepert duduk antara dua sujud dan mengiring sedikit). Biarkan najis keluar secara semulajadi, dibimbangi rahim akan jatuh kerana ia masih belum kuat.
  • Elakkan daripada terbatuk kerana bila terbatuk, organ peranakkan turut terbuka.
  • Ikat bengkung rapat-rapat supaya tidak masuk angin
  • Elakkan makanan berminyak, sejuk, berangin dan makanan laut, ia tinggi lemak dan kolesterol
  • Elakkan tidur semasa matahari tengah naik, muka akan sembab dan tidak baik untuk kesihatan
  • Jangan menjait menggunakan benang hitam, bimbang mata rabun
  • Elakkan daripada terkejut kerana boleh menyebabkan bentan
  • Jangan tergoda dengan pujukan dan pujian suami
Untuk konsultasi mengenai kehamilan, penyusuan susu ibu dan kecantikan boleh hubungi saya

NAD
SID 914093
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.