MITOS IBU HAMIL: DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN

05:16:00
Mitos berkenaan kehamilan ada yang benar dan ada yang tidak benar. Di bawah saya telah senaraikan beberapa mitos dan penjelasannya.


  • KAFEIN
Teh dan kopi selamat untuk diminum selagi anda tidak mengambilnya lebih daripada 300mg kafein sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 3 cawan kopi, 6 cawan teh atau 8 tin minuman kola

  • MAKANAN PEDAS
Anda selamat untuk mengambil makanan pedas sewaktu hamil tetapi makanan yang terlalu pedas membuatkan anda tidak selesa di akhir-akhir kehamilan.

  • SELUAR KETAT
Secara umumnya, seluar ketat tidak pernah dibuktikan boleh membahayakan anda dan kandungan. Namun ia bukanlah pilihan terbaik memandangkan boleh mengundang rasa tidak selesa sepanjang anda memakainya.

  • MENAIKI KAPAL TERBANG
Untuk 8 bulan pertama adalah selamat untuk anda menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

  • SENAMAN
Pastinya boleh! kekal aktif sepanjang kehamilan baik untuk anda dan bayi tetapi berhati-hati ketika bersenam ye

  • PARACETAMOL
Ubat ini selamat untuk diambil tetapi sebaik-baiknya ambil ketika perlu.

  • PRODUK PENCUCI
Anda boleh melakukan kerja-kerja pembersihan dengan menggunakan produk pencuci tetapi pastikan memaki sarung tangan sepanjang kerja mencuci.

  • KETUHAR GELOMBANG MIKRO
Memanaskan makanan dalam ketuhar tidak menjejaskan ibu hamil. Jarang sekali berlaku kebocoran radiasi tetapi anda haruslah berwaspada

No comments:

Powered by Blogger.