MENGAWAL BERAT BADAN SEMASA HAMIL

05:08:00

Mendapat lebih berat badan merupakan sebahagian daripada asam garam kehamilan. Ketahui berapa banyakkah berat anda harus dapat dan diet yang sesuai untuk anda dan bayi anda

Di dalam kelahiran normal, berat badan anda akan dibahagikan seperti di bawah:

Bayi = 3-4kg
Plasenta = 1/2 - 1kg
Peningkatan jumlah cecair = 1 -1.5kg
Peningkatan jumlah darah = 1.5 - 2kg
Cecair amniotik = 1 kg
Rahim yang membesar = 1 kg
Payudara yang membesar = 0.5 - 1kg
Simpanan lemak dan protein = 3 - 4kg


Berapakah jumlah berat badan yang anda perlukan?


  • TRIMESTER PERTAMA 

Dapatkan 1/2 - 3/4kg setiap minggu sehingga mendapat jumlah sebanyak 1.5 kg hingga 2kg
Ambil 200 kalori lebih setiap hari contohnya seperti segelas susu dan dua keping dada ayam


  • TRIMESTER KEDUA

Dapatkan lebih kurang 0.5kg setiap minggu sehingga menjadi 5.5kg hingga 6kg
Ambil 300kalori tambahan setiap hari contohnya seperti secawan jus lobak dan secawan yogurt kurang lemak


  • TRIMESTER KETIGA

Dapatkan 1/4 -1/2kg setiap minggu (penambahan berat badan selalunya berkurangan pada bulan terakhir) sehingga menjadi sejumlah 4.5kg hingga 6kg.
Ambil 300 hingga 500 kalori tambahan setiap hari contoh secawan jus tomato dan roti bijirin penuh dengan keju kurang lemak


Untuk konsultasi mengenai kehamilan, penyusuan susu ibu dan kecantikan boleh hubungi saya

NAD
SID 914093
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.