BEBAS DARI JERAWAT SEMUDAH 1..2..3!!!!!

05:33:00




Berikut saya senaraikan beberapa tips untuk membantu anda mencegah jerawat serta menyahkannya dari kulit anda:

a) CUCI MUKA DUA KALI SEHARI
Sila basuh muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan air suam serta pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit.Ketika mencuci, urut kulit wajah perlahan-lahan dalam gerakan membulat. Jangan sental kulit wajah dengan terlalu kasar kerana ia akan menghilangkan lembapan muka secara semulajadi.

b) ALAT SOLEK BEBAS MINYAK
Buangkan solekan diwajah anda dengan sebersihnya sebelum anda tidur. Pastikan barangan solek anda berlabel bebas minyak iaitu "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".

c) ELAK BAJU KETAT
Ini untuk mereka yang mengalami masalah jerawat di belakang badan. Anda perlulah mengelakkan memakai pakaian yang ketat dan berlapis-lapis. Pakaian yang terlalu  ketat atau apa sahaja yang menyukarkan kulit untuk bernafas akan menggalakkan pertumbuhan jerawat

d) JANGAN SENTUH MUKA DENGAN JARI KOTOR
Elakkan menyentuh muka anda dengan jari yang kotor. Ini kerana, jari yang kotor menyebarkan bakteria di kulit dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat

e) JANGAN PICIT JERAWAT
Anda dinasihatkan agar tidak memecahkan jerawat dengan sendiri. Cara ini bukan sahaja boleh menyebabkan bakteria menjangkiti kawasan berhampiran namun membolehkannya meresaop jauh ke dalam kulit.

f) BERSIHKAN DIRI
Rajin-rajinkanlah bersihkan diri agar kulit sentiasa segar dan terhindar daripada masalah jerawat.


Untuk konsultsi mengenai kehamilan, penyusuan dan kecantikan boleh hubungi saya

NAD
914093
call/sms/whatsapp 019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.