Kesalahan Yang Tidak Disedari Ketika Berdiet | Set Kurus Shaklee

04:42:00

Ramai yang nak kuruskan badan tapi pada masa yang sama masih tidak sedar beberapa kesalahan yang dilakukan semasa proses penurunan berat itu sehingga menyebabkan berat susah nak turun. Jom kita tengok beberapa kesalahan semasa berdiet :


1. Elak waktu makan

Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.
Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.
Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu Maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.

2. Enggan bersenam
Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.
Kalau malas sangat-sangat nak bersenam, buat la regangan ringan sikit-sikit.. :))

3. Enggan menyentuh kalori
Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.
Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;
    Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari
    Wanita ~ 2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.

4. Hanya makan buah dan sayur
Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.

5. Suka salad mayonis
Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.
Gerenti berat badan anda takkan turun. 

6. Tak minum susu langsung
Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Tak sedap, kan?
Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.
Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya.
Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas.

7. Penurunan berat badan yang mendadak
Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.

Kalau anda berminat untuk berdiet secara sihat tanpa perlu makan ubat-ubat kurus, anda boleh ambil suplimen Shaklee iaitu SET KURUS SHAKLEE. Jika anda berminat nak dapatkan set kurus shaklee ini, boleh hubungi saya sekarang.


Nad
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@yahoo.com

No comments:

Powered by Blogger.