Kenapa Buasir Bahaya??? | Set Buasir Shaklee

Apakah itu BUASIR?

Buasir atau hemoroid adalah proses pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Kenapa berlakunya BUASIR?

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Golongan yang berisiko mendapat BUASIR

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda:

  • Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir 
  • Mengandung 
  • Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan 
  • Meneran semasa membuang air besar

Tanda-tanda anda mengalami masalah BUASIR
  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
Bagaimanakah untuk mencegah BUASIR
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.
  • Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika dengan semua langkah ini, anda masih mengalami masalah buasir, saya cadangkan anda cuba ambil suplimen Shaklee iaitu SET BUASIR SHAKLEE.

Set Buasir Shaklee ini terdiri 4 jenis suplimen iaitu :

Menjaga kebersihan usus dan mengurangkan tekanan pada rektum
Memperbaiki sistem pencernaan agar rektum tidak stress

Membantu menyembuhkan luka

Membantu mengurangkan pembengkakan pada vena


Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

Jika anda berminat untuk dapatkan Set Buasir Shaklee ini daripada saya, boleh hubungi saya sekarang untuk dapatkan konsultasi percuma daripada saya seumur hidup.

Nad
Call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com






No comments:

Powered by Blogger.