5 SEBAB KENAPA MAK BINTANG GIAN UNTUK PERGI KELAS SHAKLEE

14:43:00

Ramai yang beranggapan kalau join bisnes Shaklee, "wajib" pergi kelas. Hakikat sebenarnya, anda tidak perlu pun untuk menghadiri sebarang kelas. Seperti saya, kali pertama saya menghadiri kelas adalah selepas 5 bulan saya menjadi ahli Shaklee. Itu pun hanya pergi untuk tengok-tengok sahaja. Rupa-rupanya, tujuan untuk tengok-tengok itu dah menjadi "gian" untuk pergi kelas Shaklee.

Jom saya berikan 5 sebab kenapa saya gian pergi kelas Shaklee :

1) Disebabkan saya menjadi ahli Shaklee untuk menjalankan bisnes, maka dengan menghadiri kelas tersebut, saya dapat menambah ilmu tetang bisnes Shaklee ini. Bila dah ada ilmu, barulah bisnes akan meletop-letop kan? Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku kepada bisnes saya setelah saya berusaha untuk menghadiri kelas-kelas ini.

2) Saya suka menghadiri kelas Shaklee kerana ia diadakan pada hujung minggu. Disebabkan, saya bekerja sebagai seorang guru, kelas-kelas ini tidak sedikit pun mengganggu pekerjaan saya. Tambahan pula, ia diadakan pada waktu siang dan saya tidak perlu untuk keluar pada waktu malam meninggalkan anak- anak di rumah.

3) Saya tak pernah jumpa kelas coaching yang dibenarkan membawa anak-anak. Alhamdulillah, kelas Shaklee sangat berbeza. Kami ibu-ibu boleh menuntut ilmu sambil diselang-seli dengan hiruk pikuk anak-anak kecil bermain.

4) Saya dapat ramai kawan-kawan baru yang hebat dan ukhwah kami sangat rapat. Selain saya dapat berkongsi ilmu bisnes Shaklee dengan mereka, saya juga dapat berkongsi ilmu tentang penjagaan anak-anak. Seronok sangat-sangat tau.

5)  Sebab yang paling utama kenapa saya sanggup menghadiri kelas Shaklee walaupun jauh dari tempat tinggal saya ialah saya mendapat ENERGI yang sangat luarbiasa HEBAT. Aura ini bukan sahaja saya dapat praktikkan dalam bisnes Shaklee tetapi dalam kehidupan seharian saya terutamanya pekerjaan saya sebagai seorang pendidik.

Alhamdulilah ya Allah, saya sangat bahagia dengan apa yang saya perolehi sekarang..

Kehidupan saya sekarang lebih teratur kerana saya mempunyai matlamat yang sangat JELAS!!

Matlamat sebagai seorang ISTERI
Matlamat sebagai seorang IBU
Matlamat sebagai seorang GURU
Matlammat sebagai seorang USAHAWAN SHAKLEE

Kesimpulannya..inilah MAK BINTANG sekarang...
MAK BINTANG yang sangat HEBAT...!!!

No comments:

Powered by Blogger.