NAK BUAT BISNES SHAKLEE,INILAH MENTOR BISNES ANDA








Alhamdulillah pada bulan Mei 2018, Team Bintang berjaya sekali lagi melahirkan 2 leader baru iaitu Nordiana Omar dan Nabilah Azhar.

Kedua-dua mereka memilih Shaklee sebagai kerjaya utama dan berjaya mendapat bonus 4 angka.

Mesti anda ingin tahu kisah disebalik kejayaan mereka kan?

Jom Nad kongsikan di bawah. Teruskan membaca tau.





NAK BERJAYA TAK MUDAH TAPI TAK MUSTAHIL

Bila tengok orang lain berjaya, Mek D rasa kagum sangat. Senang je nampak orang lain boleh berjaya tapi bila sampai turn diri sendiri rasa macam susah gila. 

Sama la jugak dalam Shaklee ni. Ni mungkin dah masuk tahun ke 5 Mek D bisnes Shaklee tapi kalau dikira betul-betul baru lebih kurang 2 tahun lebih Mek memang buat secara serius.Sebab dalam tempoh 5 tahun ni ada dalam 2 kali Mek D STOP buat Shaklee sebab tak sempat. 

So, macam mana boleh mula balik? 
Mek D pernah dengar, salah seorang yang Mek D kenal cakap, nak maju bisnes ni kita kena rajin join kelas & aktif. Mek D pun cakap dalam hati, "Ye ke ni? ".

Jadi start awal tahun 2018 ni Mek D cuba praktis benda ni. Almost semua kelas yang berkaitan dengan Shaklee Mek D akan join jika tak ada halangan. Sampaikan pernah awal April, hari ni di Kota Bharu, esoknya di Kuala Terengganu dan lusa di Kuala Lumpur. Yang ni memang turun naik bas sebab Mek D takde kereta. 

Bunyi macam mustahil kan? Sebab ni 'kerja gila'. Tapi kalau kita betul-betul nak dan nekad memang tak mustahil. Mek D memang redah je. 

Orang mungkin boleh cakap, 
"Mek D takpe la, bujang lagi senang nak buat kerja macam tu".
Tapi orang tak tahu pun Mek D sebenarnya ada jugak kekangan kewangan. Ye la sebab Mek D memang fulltime Shaklee dan takde income lain. 

Tapi Mek D tak pernah jadikan tu semua alasan sebab Mek D yakin Allah akan bantu Mek D. Duit boleh dicari, ilmu tu yang penting.

Dan itulah sebenarnya antara BIG WHY Mek D untuk terus buat kerja gila ni. Kalau Mek D tak usaha betul-betul, mana Mek D nak dapat income. Orang bukan nak ambil tahu Mek D ada duit ke tak.

Berbalik kepada cerita naik rank pulak, Mek D sebenarnya dah setahun lebih stuck dekat rank Supervisor. Bila dah join macam-macam kelas, Mek D memang target nak jugak naik rank. Tak nak lagi duduk dekat rank lama. 

Orang pertama yang Mek D cari untuk pastikan Mek D naik rank ialah Mak Bintang. Boleh dikatakan tiap-tiap hari la duk berkepit dengan dia. Dan ini sebenarnya salah satu cara untuk terus majukan diri iaitu FOLLOW MENTOR RAPAT-RAPAT. 

Bila dah consult dengan MB, memang plan betul-betul apa nak buat. Setiap task yang ada Mek D join dan akan siapkan. Walaupun kena PAKSA diri tapi Mek D buat juga. Kalau tak buat memang Mek D takkan dapat apa-apa. 

Apa je yang Mek D tak buat. 
Tulis blog, sharing dekat IG, video dekat YOUTUBE, sharing dekat FB memang selalu orang nampak sampai ada yang panggil Mek D 'tokey Shaklee'. 😂

Nak naik rank tak boleh sorang-sorang jugak, kena rekrut donline bawah Mek D jugak. Kalau sebelum ni Mek D rasa susah dapatkan customer untuk join ahli, tapi sekarang customer siap datang serah diri untuk join ahli. Syukur Allah hadirkan orang-orang hebat dengan Mek D.

Last but not least, apa-apa pun yang kita buat kena dapat RESTU dari orang yang kita sayang. Buat Mek D sendiri yang masih bujang ni, memang restu MAK AYAH la jadi keutamaan Mek D. Tanpa restu mereka, kerja Mek D tak berkat. 

Dengan ayah yang dah umur 71 tahun dan mak yang umur 66 tahun, anak mana sanggup nak berjauhan dengan mak ayah lagi. Kalau duduk jauh & terikat dengan kerja memang susah nak balik kalu mak ayah sakit. 

Sebab tu lah Mek D pilih untuk BUAT FULLTIME SHAKLEE dari RUMAH je. Mek D nak jaga makan minum mak ayah dan sediakan suplemen terbaik untuk mereka. 

Semoga langkah Mek D yang seterusnya akan dipermudahkan oleh Allah.





Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah kerana telah permudahkan urusan Biey untuk naik rank pada bulan yang sangat mulia ni iaitu bulan Ramadhan.

Mungkin ada yang akan cakap nampak senang je dia naik rank tapi semua ni memerlukan pengorbanan.

Yes! PENGORBANAN. Setiap kejayaan itu pastinya ada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Antara rahsia dan kerja gila yang Biey dah buat untuk capai semua ini adalah bukan senang untuk Biey lakukan. Tapi dengan tekad dan azam yang kuat, Biey teruskan.

Antara yang Biey lakukan adalah: 

1. SET TARGET
Yes. Mesti kena target. Berapa UV yang kita nak. Nak jual apa? Berapa set nak kena jual? Semua tu make sure kita buat dan kita share dengan upline kita. Bukan pendam sorang-sorang.

2. FOLLOW UPLINE RAPAT-RAPAT

Inilah yang Biey buat. Hari-hari Biey akan kontek upline dan super upline Biey. Hari-hari Biey share kejayaan Biey dengan dorang. From small success to big success. Tak kisah close deal satu Ostematrix sebotol pun. Bila kita selalu kontek upline, ini menunjukkan yang kita betul-betul serius nak naik rank. Bukan sekadar cakap je.

3. BUAT KERJA GILA DENGAN JOIN SEMUA CABARAN

Sebenarnya bermula bulan lepas, group upline Biey dan iReach Klate ada buat task cabaran. Antaranya:
✅ Cabaran Vlog
✅ Cabaran Update Blog
✅ Cabaran Approach Customer
✅ Cabaran 10 Post FB

Dan semua task cabaran ni Biey join! Tanpa rasa ragu-ragu pun! Boleh tak boleh belakang cerita. Biey tak fikir pun. Biey REDAH je. Yang penting Biey join! Selagi kita tak cabar diri buat lebih daripada biasa, kita akan rasa kita dah selesa padahal sebenarnya tak pun.

4. JAGA AMALAN ROHANI

Biey yakin semua pasti sedia maklum pasal amalan rohani ni. Bila kita jaga, konsisten buat amalan rohani, insyaAllah semuanya dipermudahkan.
Ya Wahhab
Istighfar
Selawat
Al Mathurat

Semua ni wajib kita buat konsisten. Tak boleh buat banyak amalan rohani takpe. Tapi biarlah konsisten buat.

5. DOA DOA DOA

Doa adalah senjata kita. Ambil setiap peluang yang ada untuk berdoa secara spesifik. Since bulan Ramadhan, Biey gunakan sebaik mungkin waktu dekat berbuka untuk berdoa dan minta apa yang Biey nak. Yakin Dia akan makbulkan.

Selain semua ni, salah satu benda yang buat Biey sungguh-sungguh sangatt nak buat Shaklee ni sebab Biey takde income lain dah selain Shaklee ni. In case kalau pape jadi, macam mana dengan Biey, anak-anak atau suami?

Sampai bila kita nak rasa selesa, tunggu suami sediakan semuanya?

Sampai bila kita nak bazirkan masa, tenaga, dan duit yang suami laburkan untuk teman pergi kelas?

Sampai bila nak jadikan alasan ada anak kecil tak boleh nak buat bisnes?

Sampai bila nak pegang title WAHM yang biasa dengan kerja rumah je?

SAMPAI BILA??? Tanya diri kita.

And of cos Biey nak jadi WAHM yang ada income 4-5 angka sebulan. So, STOP GIVING EXCUSES TO OURSELF AND MOVE FORWARD!


Jika anda juga ingin menjadi seperti mereka, bolehlah hubungi Nad sekarang. Nad akan bimbing anda dari zero.

No comments:

Powered by Blogger.