PENGALAMAN SEMBELIT SEMASA HAMIL DAN CARA MENGATASINYA

13:08:00
Ini adalah pengalaman kali ketiga saya hamil. Teringat semasa hamilkan anak pertama dan kedua,setiap hari susah sangat nak membuang air besar. Dalam erti kata lain SEMBELIT, sehinggakan terpaksa mengambil masa yang lama dalam tandas.

Pernah sehingga 3 hari saya tidak dapat membuang air besar,terseksanya....😂😂😂

Untuk hamil kali ketiga ini,saya dah siap-siap google tentang cara nak hilangkan sembelit ketika hamil.

Nasib saya sangat baik,dengan izin Allah memang tak sembelit langsung semasa hamil kali ketiga ni. Nak tahu apa tips yang saya amalkan setiap hari?

1) Saya akan pastikan pengambilan air secukupnya iaitu minimum 2 liter sehari

2) Saya akan makan lebih banyak sayur-sayuran hijau. Lebih banyak daripada biasa dan memang pinggan penuh dengan sayur berbanding nasi

3) Setiap hari saya akan minum jus buah tanpa gula. Selalunya saya akan campurkan sebiji epal dan sebiji oren

4) Sebelum tidur, saya ambil OSTEMATRIX sebagai sumber kalsium harian. Kandungan kalsium dan magnesium didalam ostematrix ini membantu melembutkan najis makan tiada lagi lah sembelit


Alhamdulillah..syok sangat sebab tak sembelit langsung semasa kehamilan ketiga ni

Saya teruskan pengambilan OSTEMATRIX sehingga habis berpantang dan sekali lagi tiada sembelit ketika berpantang

Jadi,kepada ibu-ibu yang sedang hamil dan mengalami sembelit,bolehlah amalkan OSTEMATRIX setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah pasti tidak sembelit keesokan harinya.

Jika ingin membuat order OSTEMATRIX dan produk shaklee yang lain,boleh hubungi saya untuk dapatkan sebarang konsultasi. 


No comments:

Powered by Blogger.