BAHAYAKAH SCAN 3D DAN 4D?

07:53:00
Sejak kebelakangan ini, ujian imbasan bayi atau lebih dikenali sebagai "scan" 3d dan 4d memang popular di kalangan ibu-ibu. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi moden yang semakin canggih, bukan sahaja jantina dapat diketahui dengan lebih awal, malah rupa paras bayi pun boleh dilihat.

Saya sendiri memang teruja dengan scan 3D ini. Selalunya saya akan melakukan scan 3D apabila usia kandungan saya mencecah 7 bulan ke atas kerana ketika ini kesemua sifat fizikal bayi telah lengkap dan akan nampak dengan lebih jelas.

Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, jom kita tengok video kisah ibu hamil ini..



Sebenarnya scan 2D,3D dan 4D tidak membahayakan kerana ia hanya menggunakan ultrabunyi dan kaedah ini adalah selamat tidak seperti digembar-gemburkan. Ia berbeza dengan X-ray dimana ia menggunakan pengionan yang merbahaya manakala ultrabunyi hanya menggunakan bunyi sahaja.

Proses pengimbasan bayi di dalam kandungan ini adalah penting untuk :

1) Mengetahui kedudukan uri dan tahap ketuban
2) Menentukan usia sebenar bayi dan jangkaan tarikh lahirnya
3) Mengetahui bilangan bayi sama ada kembar atau tunggal
4) Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan kecacatan kelahiran
5) Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya

Saya dulunya komfius juga tentang apa bezanya scan 2D, 3D dan 4D ini dan harganya juga berbeza jika kita pergi ke klinik dan hospital swasta bagi membuat scan ini. Rupanya scan 2D ini memberi gambar dua dimensi yang hitam putih. Selalunya jika saya membuat check up di klinik kerajaan, doktor akan menggunakan scan 2D sahaja kerana ia memberikan imbasan yang lebih terperinci seperti kadar jantung bayi, kedudukan plasenta, jumlah cecair amnion dan keadaan sekitar rahim ibu.

Gambaran yang lebih jelas untuk scan 3D

Gambaran hitam putih untuk scan 2D

Scan 3D pula merupakan gambar statik tiga dimensi manakala 4D ialah rakaman video. Ibu-ibu pasti gembira selepas melakukan scan 3D dan 4D kerana dapat melihat bayi di dalam kandungan dengan lebih jelas.

Kesimpulannya, scan 2D,3D dan 4D langsung tidak memberikan kesan negatif kepada kandungan malah lebih banyak memberikan kebaikan kerana dapat mengesan masalah awal pada bayi.

No comments:

Powered by Blogger.