8 JENIS MAKANAN UNTUK PESAKIT JANTUNG TERSUMBAT

11:24:00

Sumber makanan memainkan peranan penting dalam mendapatkan kesihatan jantung yang baik. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita. Jom saya tunjukkan 8 jenis makanan untuk pesakit jantung tersumbat.



1) OAT

Semangkuk oat panas kaya dengan lemak omega 3, folat dan kalium. Ia juga kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mencegah pembentukan plak pada dinding arteri.

2) SALMON

Ikan yang kaya dengan omega 3 ini efektif dalam menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah.

3) AVOKADO

Ia mampu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh. Ia menambahkan penyerapan beta karoten dan lycopene yang sangat penting untuk kesihatan jantung.

4) MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun kaya dengan lemak tunggal tidak tepu dan ia merupakan pengganti terbaik untuk mentega.

5) KEKACANG

Kacang seperti walnut dan badam sangat membantu mencegah risiko serangan jantung

6) BERRIES

Blueberi, rasperi, strawberi dan jenis beri yang lainnya sangat kaya dengan anti radangan serta berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

7) KACANG PEAS

Tambahkan pengambilan kacang peas seperti kacang merah dan kacang hitam untuk kekal sihat.

8) KACANG SOYA

Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana ia adalah rendah lemak.

No comments:

Powered by Blogger.