TIPS MENYUSUKAN BAYI UNTUK MENJARAKKAN KEHAMILAN

Untuk pengetahuan semua, kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan bayi dinamakan sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM), penyusuan bayi sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semulajadi. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kaedah menjarakkan kehamilan ini adalah 98-99.5% efektif, sekirangan SEMUA syarat di bawah ini dipatuhi : -


1) Haid ibu belum kembali
2) Bayi anda berumur kurang dari 6 bulan
3) Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam)
4)  Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain susu ibu.
5) Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan ibu dan sentiasa memujuk bayi untuk menyusu
6) Menyusu dengan kerap tanpa had. Untuk pengetahuan,penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin sangat tinggi. Hormon ini yang dapat melambatkan ovulasi.

Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih dari enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan, ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Hal ini kerana, selepas 6 bulan, perlindungan penyusuan bayi terhadap kehamilan mula berkurang.

No comments:

Powered by Blogger.