APAKAH PANTANG LARANG MAKANAN UNTUK IBU MENYUSU?

Betulkah andaian orang tua-tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut.

Benarkah jus buah-buahan seperti tembikai, mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa dan sejuk malah menyebabkan bayi kembung perut?

Faktanya...anda boleh makan apa sahaja yang biasa dimakan tetapi pastikan ia diambil secara sederhana dan seimbang. Jangan sesekali hadkan pemakanan melainkan makanan tersebut terbukti boleh menimbulkan masalah kepada bayi.

Jika bayi kembung perut, selidik apa yang anda makan 4-6 jam sebelum itu. Makanan yang biasa mendatangkan masalah angin kepada bayi lazimnya ialah kobis, kekacang dan brokoli. Antara makanan lain yang boleh menimbulkan masalah kepada bayi termasuklah kafein, bunga kobis, buah-buahan sitrus (oren,lemon), jagung,produk tenusu, lada hitam,ubat-ubatan tertentu, bawang, kacang tanah,makanan berempah, tomato dan garam.

Sehingga kini, saya tidak mempunyai sebarang sumber rujukan yang mengaitkan buah-buahan seperti tembikai, mangga atau nanas boleh menyebabkan kembung perut. Namun, jika anda mendapati bayi mengalami masalah masalah selepas anda mengambil buah-buahan itu, cuba elakkan makanan ini untuk tempoh 1 -2 minggu.

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alahan, anda digalakkan untuk mengelak makanan berisiko tinggi seperti kekacang,susu lembu, telur, gandum, ikan dan buah-buahan sitrus. Walau bagaimanapun, tindakan mengelak makanan ini hanya perlu dilakukan jika bayi menunjukkan simptom alahan. Sebelum itu, dapatkan pandangan doktor jika keluarga mempunyai sejarah alahan terhadap makanan tertentu.

Kesimpulannya, apa yang patut anda lakukan ialah, makan apa sahaja yang diingini + sederhana + berkhasiat = sihat. Anda tidak perlu amalan pemakanan khusus, tetapi makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga.


NAD
STARWORLD SID
914093
019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.