SEMBELIT KETIKA HAMIL

Salam semua...hari ini saya hendak kongsikan sedikit tips bagi mengatasi masalah sembelit di kalangan ibu-ibu hamil. Untuk pengetahuan semua, sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan.

Tahap sembelit pula berbeza-beza. Ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari, sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.

Bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sembelit?

Adakah wanita yang tidak membuang air besar beberapa hari dikatakan mengalami sembelit? Bila pula wanita yang hamil perlu diberikan ubat bagi melegakan sembelit mereka?

Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hari dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorang mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasan najisnya.

Agaknya apa yang menyebabkan sembelit ketika hamil?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan sembelit. Faktor-faktor ini bergantung kepada individu, antaranya rasa kerisuan, kurang pergerakan fizikal dan pemakanan yang kurang serat (fiber).

Selain itu dalam tubuh wanita hamil juga mengandungi hormone progesterone yang banyak, yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahim yang semakin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga yang haling pergerakan najis ke usus besar dan rektum. Ini adalah punca utama sembelit di kalangan wanita yang hamil.
  
Wanita hamil yang mengalami dehidrasi selalunya lebih mudah mengalami sembelit. Oleh itu mereka harus minum air secukupnya. Pil suplemen zat besi juga menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit. Oleh itu ia harus dimakan dengan berhati-hati dan jika sembelit berlangsung pada waktu yang lama, berbincanglah dengan doktor atau jururawat yang merawat agar pil suplemen itu boleh diganti dengan ubat yang lebih baik.

Ada beberap tips untuk mengurangkan sembelit di kalangan wanita hamil:

1. Makan makanan yang banyak serat seperti bijirin, beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
2. Minum air secukupnya, antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuma jus orune dan yogurt membantu melancarkan system pembuangan najis. Ramai yang mengamalkan minuma air suam sebaik saja bangun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.
3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menunggang basikal senaman (stationary bike) juga membantu pergerakan usus besar.

Ostematrix Shaklee juga boleh membantu untuk mengurangkan sembelit di kalangan wanita hamil. Kandungannya yang mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu melembutkan najis dan memudahkan rembesan keluar sisa daripada perut dan usus.

Kepada ibu-ibu hamil sekalian, pastikan anda ikuti tips yang saya berikan di atas bagi menguranngkan ketidakselesaan akibat sembelit. Jika  berminat untuk mencuba OSTEMATRIX boleh hubungi saya

NAD
SID 914093
CALL/SMS/WHATSAPP 0192639545

No comments:

Powered by Blogger.