KEPERLUAN IBU HAMIL

07:46:00

Ibu-ibu yang sedang hamil...adakah keperluan zat makanan anda seharian mencukupi untuk anda dan bayi anda?? Dengan mengambil makanan sihat dan seimbang, anda dijamin dapat memenuhi keperluan nutrien sewaktu hamil. Namun diingatkan, anda perlu meningkatkan pengambilan beberapa jenis nutrien agar kesihatan kedua-dua belah pihak terjamin.

Di sini saya senaraikan beberapa zat makanan penting yang sangat diperlukan oleh ibu hamil:

a) DHA
    Kajian menunjukkan omega-3 seperti DHA banyak ditemui dalam otak, saraf dan retina. Oleh itu, ia dipercayai menjadi nutrien perlu bagi membantu perkembangan otak dan mata bayi mahupun kanak-kanak. Jika anda memperoleh bekalan bekalan DHA mencukupi pada peringkat akhir kehamilan, anda akan melahirkan bayi yang memiliki status DHA yang baik

b) Asid Folik
    Ia penting dalam pembentukkan hemoglobin hemoglobin iaitu pigmen yang mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh serta berupaya mencegah kecacatan tiub saraf. Anda disaran mengambil 400-600 mcg asid folik sehari.Ketahuilah pengambilan suplimen folat sebelum dan semasa 2 bulan pertaman kehamilan dapat memberi perlindungan kukuh terhadap kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.


c) Kalsium dan Vitamin D
    Untuk perkembangan tulang dan gigi sihat, pengambilan Vitamin D dan Kalsium patut diberi perhatian sewajarnya. Vitamin D boleh diperoleh daripada cahaya matahari, susu dan produk tenusu. Funsinya ialah membantu penyerapan kalsium dalam tubuh. Disebabkan keperluan kalsium bayi meningkat, anda perlu menambah pengambilan kalsium harian bagi menceah kehilangan kalsium daripada tulang

d) Protein
     Nutrien ini penting untuk perkembangan sel-sel baru bayi. Lebih kurang 80gm protein yang anda ambil 10gm digunakan di keseluruhan waktu trimester pertama. Sumber makanan ini merangkumi jenis makanan seperti daging, ikan, ayam, telur putih, kekacang dan tofu.


e) Vitamin C
     Vitamin C turut dikenali sebagai asid askorbik. Vitamin ini sangat penting ketika hamil kerana ia membantu penyerapan zat besi, merangsang kesihatan gusi, tulang dan gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh.


f) Zat besi
     Anda memerlukan kira-kira 30mg zat besi setiap hari. Zat ini penting untuk membentuk hemoglobin dalam darah bagi menghidari diri dari pada masalah anemia. Tanpa zat besi yang mencukupi, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sehingga boleh menjejaskan fungsi tubuh akibat kekangan oksigen.


g) Air
    Anda digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan bagi menghindari daripadaa dijangkiti penyakit atau selsema. Tambahan pula, isipadu darah ketika hamil meningkat secara mendadak. Jadi dengan meminum air yan banyak iaitu 8 gelas sehari turut boleh mengelakkan masalah-masalah berbangkit seperti dehidrasi dan sembelit.


Oleh itu ibu-ibu semua..pastikan pengambilan zat makanan anda sangat mencukupi untuk anda dan bayi anda ye...



   





No comments:

Powered by Blogger.