3 PETUA WAJAH BERSERI-SERI SEMASA BERPUASA | SET CANTIK SHAKLEE


Puasa sering dikaitkan dengan wajah pucat dan kusam walaupun sudah menggunakan solekan dan amalkan Set Cantik Shaklee. Itu tandanya, ada sesuatu tidak kena dengan wajah anda. Bertahan tanpa minum air semasa ibadah puasa bukan alasan anda tidak perlu tampil anggun dan menawan. Apa yang perlu anda lakukan?


1) Jangan skip sahur

Sahur merangkap sarapan sewaktu bulan puasa adalah hidangan yang sangat penting. Ia membekalkan tenaga harian disamping menjadi penentu wajah anda bakal pucat atau kusam. Seperti saya, saya hanya mengambil sarapan yang sihat dan ringkas iaitu ESP shaklee dan Mealshakes shaklee. Kedua-duanya memberikan kesan kenyang dan bertenaga sepanjang hari disamping ESP termasuk dalam kombinasi set cantik shaklee saya.

2) Makan Kurma

Saya selalu amalkan makan kurma semasa berpuasa. Kenapa? Ia bukan sahaja makanan sunnah malah kandungan vitamin cantikknya seperti Vitamin C,  Vitamin E dan niasin juga tinggi. Ia melengkapkan keperluan vitamin untuk kulit anda setiap hari ditambah pula dengan pengambilan set cantik shaklee. Pasti kulit anda akan lebih berseri-seri.

3) Lakukan urutan

Alang-alang mengenakan vitamin E shaklee sebagai masker, saya akan melakukan sedikit urutan pada wajah untuk melancarkan peredaran darah. Memandangkan masker vitamin E shaklee adalah dalam bentuk minyak, maka ia memudahkan saya untuk melakukan urutan. Apa yang penting, semua urutan dilakukan dengan secara lembut menggunakan jari manis dan hantu sahaja.

Alhamdulillah, 3 petua ini saya sentiasa amalkan ketika berpuasa sama ada semasa berpusa sunat atau berpuasa di bulan Ramadhan. Kepada anda yang sentiasa inginkan kulit wajah berseri-seri dan anggun, boleh cuba petua hebat saya ini.

Jika inginkan sebarang konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan terutamanya set cantik shaklee, jangan segan silu untuk menghubungi saya.

Anda boleh klik SET CANTIK SHAKLEE untuk info yang lebih lanjut mengenai set ini.


NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com




No comments:

Powered by Blogger.