9 CARA MENGATASI PENOLAKAN PELANGGAN

23:22:00
Sepanjang 6 tahun Nad bergiat aktif dalam bisnes, sejujurnya isu penolakan atau rejection dari pelanggan itu adalah perkara biasa. Mula-mula dulu, serius rasa down,rasa sedih dan rasa pelbagai rasa lah lagi.

Yela, kadang-kadang yang menolak itu adalah saudara mara kita sendiri dan kawan-kawan rapat. 


Tapi sekarang, rasa dah kebal dengan rejection selepas amalkan cara ini. Disini Nad kongsikan 9 tips yang Nad amalkan bila ada customer menolak untuk beli dari Nad.

JANGAN CEPAT SENTAP

Bila ada saudara mara atau rakan terdekat tidak beli dari kita bukan bermaksud dia tak suka kita. Mungkin produk yang kita jual ni tidak diperlukan lagi atau mungkin dia tak mampu untuk beli. Apa pun, tidak perlu terlalu cepat terasa jika mereka menolak untuk beli dari kita.

MEMANG ITU YANG AKAN BERLAKU

Penolakan adalah perkara biasa. Sesiapa yang berniaga pun pasti mengalami isu yang sama. Anggap saja lah ia sebagai latihan supaya kita tak terkejut sangat bila pelanggan berkata "TIDAK"

JADILAH SEORANG YANG PROFESIONAL

Jika pelanggan menolak untuk beli dari kita, janganlah terus bersikap kasar. Teruskan jawab dengan sopan dan berhemah. Mana tahu, disebabkan sikap kita yang baik ni, dia akan tergerak hati nak beli pada masa depan.

KONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN BISNES YANG LAIN

Jangan dipendam jika ada pelanggan yang menolak untuk beli dari anda. Semestinya kita akan rasa sedih kan? Tidak mengapa untuk ada perasaan begitu, tapi selepas itu move on la ye. Boleh kongsikan apa yang anda rasa dengan kawan-kawan. Sekurang-kurang kita akan rasa bukan kita seorang je yang alami penolakan ini.

ANGGAP PENOLAKAN ITU ADALAH BATU LONCATAN UNTUK BERJAYA

Ramai yang rasa bila ditolak, kita akan terus gagal. Sebenarnya sekali kita ditolak oleh pelanggan, berkali-kali kita melangkah ke arah kejayaan. Kita akan belajar menguruskan emosi, kita akan belajar cara yang betul untuk konsultasi pelanggan dan kita akan lebih berusaha untuk capai target. Maka, penolakan itu sebenarnya adalah salah satu cabang untuk kita lebih berjaya.

MASUKKAN DALAM SENARAI PROSPEK

Jika ada pelanggan yang menolak untuk beli dari anda, masukkan dia dalam senarai prospek. Walaupun sekarang dia tidak mahu beli, mana tahu di kemudian hari kan? Teruskan follow up mereka.

KEKALKAN MOMENTUM

Konsisten dengan apa yang anda telah buat. Contohnya seperti sebelum ini anda selalu hubungi 10 orang prospek setiap hari. Tetapi disebabkan daripada 10 terdapat 9 yang menolak, anda terus kurangkan jumlah prospek untuk dihubungi setiap hari. Sebaiknya janganlah berbuat sedemikian. Teruskan dengan apa yang anda telah rancang.

POSITIF

Jangan sesekali pandang negatif kepada pelanggan yang tidak jadi membeli. Yakin bahawa suatu hari nanti dia pasti akan beli dari anda. Cakap juga pada diri " satu pergi, 10 mari". Ye gituuu..

JANGAN BERPUTUS ASA

Kalau boleh, elakkan dari rasa putus asa. Teruskan buat kerja anda dan bersabar.Kejayaan pasti menanti anda.


Semoga kesemua cara yang Nad kongsikan ini dapat kita sama-sama amalkan. Silakan share entry ini jika ianya bermanfaat. Terima kasih.




No comments:

Powered by Blogger.