5 TIPS MEMILIH SKINCARE TERBAIK SUPAYA TAK RUGI MEMBELI

15:29:00

Memilih produk penjagaan kulit adalah sama seperti kita memilih baju. Pemilihan yang betul menjadikan kita kelihatan lebih hebat dan meningkatkan keyakinan kita.

Banyak perkara yang perlu diambil sebelum membeli sesuatu skincare. Jika tersilap pilih memang buruk lah padahnya kerana kesan yang diterima itu adalah pada kulit muka kita sendiri.

Jom kita tengok 5 tips yang boleh diambil kira semasa memilih skincare terbaik untuk kulit anda.


SABAR

Memang kebanyakan seller skincare akan promot habis-habisan produk mereka. Jangan hanya kerana produk atau jenama tersebut adalah popular tidak bermakna ia sebenarnya sesuai dengan kita. Testimoni-testimoni menarik pun menyebabkan kita terus beli. Walau apa pun, sabar dulu...
Baca tips seterusnya.

DAPATKAN INFO TENTANG PRODUK TERSEBUT

Cuba dapatkan info dengan lebih terperinci mengenai skincare yang anda nak beli itu. Walaupun ia tidaklah sehebat seperti membeli sebuah rumah, tapi sebaiknya dapatkan info sebaiknya sebelum membeli supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Apa yang penting, pastikan dahulu kandungan bahan skincare tersebut memang betul-betul selamat untuk kita.

KENALI JENIS KULIT ANDA

Pastikan kulit anda tidak mempunyai laergi atau sensitif. Jika kulit anda jenis sensitif, maka anda perlu lebih berhati-hati semasa memilih skincare.

CUBA GUNA SEDIKIT DAHULU DI BAHAGIAN BADAN

Jika anda mempunyai peluang untuk mencuba sedikit produk skincare yang dipilih, bolehlah uji dahulu di sebahagian kecil kulit anda seperti pergelangan tangan. Dari situ anda boleh lihat sama ada skincare tersebut sesuai atau tidak. Walaupun ia tidak memberikan gambaran yang begitu jelas akan keberkesanannya, tetapi tidak salah jika anda mencuba.

RUJUK PAKAR KULIT

Masih rasa ragu-ragu dengan skincare yang anda pilih? Boleh terus berjumpa pakar kulit bagi mendapatkan kepastian.


No comments:

Powered by Blogger.