TIPS MENGEPAM SUSU UNTUK IBU YANG BERKURSUS


Anda ibu menyusu? mesti susah hati kan kalau anak anda masih menyusu dan ditakdirkan anda mesti menghadiri kursus selama beberapa hari dengan meninggalkan anak di rumah? Jom saya kongsikan sedikit tips untuk membantu anda mengurangkan rasa gelisah itu.

1) Sekiranya anda mengepam jauh daripada bayi, rakaman tangisan bayi atau gambar akan membantu. Lihat gambar bayi anda sebelum atau semasa mengepam susu. Secara tidak langsung ia akan membantu sesi mengepam anda.

2) Gunakan masa rehat untuk mengepam susu.

3) Pastikan anda bawa cooler bag dan segala perkakasan lengkap untuk mengepam susu.

4)Simpan susu perahan anda dalam peti ais yang disediakan dalam bilik. Selalunya memang ada peti ais..so janganlah susah hati.

5) Jika masa kursus terlalu lama, dan payudara anda rasa sakit dan perlu di pam,tak salah jika anda meminta ruang masa untuk mengepam.Saya yakin..penyelia kursus anda pasti membenarkan.

6) Pastikan susu yang telah diperah dibawa pulang dengan selamat.Bagaimana? jika perjalanan anda hanya mengambil masa 2 jam..cukuplah hanya meletakkan dalam cooler bag, tetapi jika mengambil masa sehingga 6jam,anda perlu dapatkan bekas polisterin yang berisi ais bagi mengelakkan susu beku tersebut cair.

Cukuplah setakat ini sahaja perkongsian saya..semoga ia dapat membantu anda..

SELAMAT BERKURSUS!!!

jika anda memerlukan konsultasi mengenai sesi penyusuan anda, hubungi saya di 019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.