2018 TRIP LEGOLAND : IMPIAN ANAK-ANAK MENJADI REALITI

16:27:00
Alhamdulillah, hujung minggu lepas dapatlah meluangkan masa dengan anak-anak di Legoland. Bersyukur sangat dapat tunaikan impian mereka. Sebenarnya Nad dah lama janji nak bawa, tetapi kekangan masa menyebabkan asyik bertangguh aje.



Kali ni memang nekad, tak kisah lah apa pun halangan, Nad akan bawa juga anak-anak ke sana.

Jom baca itineri sepanjang kami di sana.


5/1/2018 JUMAAT

Kami bergerak pukul 9.00 malam daripada Port Dickson dan sampai ke Johor Bharu lebih kurang pukul 3 pagi. Sebenarnya perjalanan tidak ambil masa yang panjang pun tapi disebabkan ada kemalangan, maka lambat lah kami sampai.

Malam tu kami tidur di Tune Hotel berhampiran Danga Bay. Harga yang murah untuk 2 bilik yang bersambung pintu. Rasa berbaloi sangat.

Pukul 3 pagi pun muka eksaited senyum gini.



6/1/2018 SABTU

Pukul 10 pagi kami check out dari hotel dan pergi sarapan dahulu. Selepas sarapan, terus ke Legoland. Perjalanan kami ke Legoland mengambil masa dalam 20 minit sahaja.

Untuk malam ini, Nad dah booking Legoland Hotel. Kami boleh checkin pukul 3.00 petang dan sementara nak tunggu check in tu, terus ke Water Park untuk mandi manda.

Nad hanya beli tiket untuk ke water park sahaja memandangkan anak-anak masih kecil. Untuk permainan di Theme Park, ia mengikut ketinggian dan terhad untuk kanak-kanak. Lain kali ajelah kita masuk Theme Park.

Macam biasalah, di Water Park sahaja pun dah cukup gembirakan anak-anak.

Dalam pukul 3 petang kami check in bilik dan berehat sebentar. Kelebihan bila check in di hotel Legoland, kami boleh keluar masuk ke Water Park berkali-kali asalkan tiket itu masih available.

Petang tu memang anak-anak habiskan masa lagi di Water Park. Hadoi..layankan ajela.

Yang seronoknya di sini, semuanya daripada lego. Dalam air pun ada lego. Lego is everywhere.

Selepas makan malam, kami berehat santai di ruang legar hotel. Rupanya ada aktiviti untuk kanak-kanak. Ada maskot legoland datang menari-nari gitu. Gembira sungguh lah anakanda ku bertiga ni.

Kami pulang ke bili lebih kurang pukul 11.00 malam sebab anak-anak ralit main lego.

Pagi sebelum bergerak ke Legoland

Yea...dah sampai

Di ruang legar hotel memang ada disediakan lego untuk kanak-kanak




Bergambar dengan maskot




7/1/2018 AHAD

Seawal pukul 8.00 pagi kami sekeluarga turun untuk bersarapan. Di restoran pun ada banyak replika dibuat daripada lego. Comel je tengok.

Selepas sarapan, anak-anak habiskan masa dengan mandi di pool di tingkat 5. Yang menariknya di pool hotel ni pun ada lifeguard untuk menjamin keselamatan kanak-kanak. Rasa selamat je tengok anak-anak mandi.

Kami bergerak pulang pukul 12.00 tengahari dan alhamdulillah selamat kembali ke Port Dickson.






Bagi Nad, kenangan di Legoland memang tak akan lupa sampai bila-bila. Bersyukur sebab impian yang Nad tulis tahun lepas dah tercapai.

InsyaALLAH ada masa kita travel lagi ye.


No comments:

Powered by Blogger.