RESEPI NUGET AYAM YANG SEDAP DAN BEBAS PENGAWET BAHAYA

16:19:00
Kepada ibu-ibu yang sentiasa dalam dilema disebabkan anak-anak asyik suruh beli nuget, boleh cuba resepi Nad ni. Nuget yang jual di kedai tu kebanyakannya ada bahan pengawet dan tentunya mengandungi banyak MSG.

Jika kita pilih untuk buat sendiri, tentunya lebih selamat kan? Jom cuba.

RESEPI NUGET AYAM



Bahan-bahan

1) 400g isi ayam ( boleh ikut suka banyak mana)
2) 2 sudu besar tepung jagung
3) 1 biji telur 
4) Serbuk roti
5) Secubit garam
6) Lada sulah

Cara-caranya

1) Hancurkan semua isi ayam dengan menggunakan blender. Letak sedikit air supaya mudah untuk dihancurkan.

2) Masukkan 2 sudu tepung jagung ke dalam ayam yang telah hancur kemudian gaulkan. Tidak perlu tambah air.

3) Kemudian, campuran tersebut dimasukkan ke dalam loyang dan dikukuskan lebih kurang 10 minit. Jika menggunakan periuk noxxa, gunakan steam 2 minit.

Hasilnya selepas dikukus.
Nad gunakan periuk Noxxa dan steam selama 2 minit

4) Selepas itu, potong ikut bentuk dan saiz yang kita nak

5) Celupkan di dalam telur dan guna serbuk roti untuk menyalutnya. Kemudian goreng sehingga kekuningan.

6) Siap..!

Isinya lembut sangat

Mesti anak-anak pun suka. Senang sangat nak buat kan?

Selamat mencuba


Luv,
Nad
Suka Mencari Idea Memasak Untuk Anak

1 comment:

Powered by Blogger.