5 SEBAB PILIH ASTRO FIRST DARIPADA PERGI TENGOK WAYANG,BOLEH BACA PERKONGSIAN IBU INI

17:08:00
Nad dari zaman remaja memang suka tengok wayang. Dulu dengan kawan-kawan tetapi sekarang dengan anak-anak pulak.

Bila dah dengan anak-anak, mestilah filem-filem tertentu je boleh bawa tengok. Tak habis-habis berkait dengan cerita kanak-kanak jela.

Tapi, sejak 2 tahun ni tak pergi lagi tengok wayang dengan anak-anak. Nak buat macam mana, adik Alya kecik lagi. Nanti bukan kita tengok wayang, orang tengok wayang kita, hihi.

Sebab tu, Nad pilih untuk layan Astro First je dengan anak-anak di rumah. Best juga bila ada pilihan lain. Disini Nad senaraikan 5 sebab kenapa Astro First menjadi pilihan Nad dan anak-anak.

BOLEH TENGOK BANYAK KALI DAN BILA-BILA MASA

Dah nama pun kita melanggan, tentulah boleh tengok banyak kali. Setakat yang Nad langgan beberapa filem dari Astro First, astro akan bagi 3 hari untuk kita layan filem tu. Contohnya suami Nad tak sempat tonton waktu pagi, beliau boleh layan waktu malam.

SANGAT MENJIMATKAN

Selalunya kalau kami berempat pergi wayang, akan habis hampir RM50 tau campur sekali beli makan minum. Fuh..

Bila tengok Astro First ni, satu filem dalam RM15.90 sekali langgan. Jimat sangat kan?

Pop Corn pon boleh buat sendiri aje. Makan minum lain pun free. Bestt

BOLEH MENONTON DENGAN MACAM-MACAM GAYA

Yang ni memang kesukaan anak-anak lah. Kadang-kadang tu bukan je berbaring, macam-macam posisi menonton keluar. Ada yang sambil peluk bantal busuk lah, ada yang berdiri lah, dan macam-macam lagi lah.

TAK PERLU BERSEJUK-SEJUK DALAM PAWAGAM

Apa yang Nad perasan, anak-anak akan mengadu kesejukan bila tengok wayang. Adus,sangat mengganggu konsentrasi maknya nak menonton.

Bila menonton di rumah, memang kita ikut suhu persekitaran jela ye.

 BOLEH MENONTON FILEM YANG KITA SUKA

Yang ni best sebab bila kita tengok wayang, tentulah ikut kesukaan anak-anak. Dengan ada Astro First, Nad boleh pilih cerita apa yang Nad suka juga.

Selalunya filem pilihan Nad bukan menjadi pilihan anak-anak. Maka mereka akan buat kerja masing-masing dan Nad dapat menonton dengan tenang dan bahagianya.



Seronok juga bila melayan Astro First ni. Memanglah nampak agak ketinggalan sebab lambat tengok tapi ok aje. Benda yang sama je kan yang keluar.

Bagi Nad, tengok di pawagam dan di rumah sama sahaja ada pro dan kontra. Nad pun kaki wayang tapi disebabkan kekangan anak masih kecil, maka tonton dari rumah adalah pilihan terbaik.

Tambahan sekarang filem-filem di Malaysia semakin berkualiti dan banyak memberikan pengajaran. Rugi kalau tak tengok.

Walau apa pun, Nad akan elakkan sebaik mungkin dari membeli CD Cetak Rompak. Kita bagi halal semuanya ye. Tak nak lah menyokong orang yang suka melanun ni.

Jom korang semua kita sokong industri perfileman Malaysia.






No comments:

Powered by Blogger.