2017 TRIP KRABI : PENGALAMAN BERHARGA UNTUK DIKONGSI

15:44:00
Trip ke Krabi ni sebenarnya dah lama Nad idamkan. Sebelum ni asyik tengok orang je yang pergi. Mulai saat itu, Nad pasang impian dan visualisasikan impian tersebut ke dalam Vision Board.


Alhamdulillah, hasil PERCAYA SEBELUM BERJAYA, Nad dapat juga sampai ke Krabi. Kami pergi dengan mengambil pakej untuk lebih mudah. Ada yang kata pergi sendiri lebih berbaloi tapi takpelah. Pendapat masing-masing kan.

Kami hanya berada di Krabi selama 3 hari 2 malam sahaja. Bertolak pagi dari Bukit Kayu Hitam lebih kurang pukul 9.00 pagi dan berada agak lama berada di Imigresen Thailand untuk cop pasport. Mungkin disebabkan terlalu ramai itu yang jadi lambat.

Baru nak melepasi imigresen Malaysia


HARI PERTAMA 2/12/2017

Perjalanan ke Krabi mengambil masa hampir 7 jam. Waaaa jauhnya. Kami pergi dengan menaiki van bertaraf VVIP juga lah. Dalam satu van boleh muat 10 orang dan kami bersyukur sangat kerana penumpang lain juga mempunyai anak kecil macam kami. Kami berlima dan mereka hanya berempat iaitu dengan dua anak kecil.

Ruang yang besar dalam van tersebut memang digunakan sebaik mungkin. Anak-anak kami pun sangat seronok bermain tanpa merungut perjalanan jauh.

Kami sampai di Krabi lebih kurang pukul 7.00 malam. Sampai sahaja kami terus dibawa menaiki bot ke Restoran Terapung untuk makan malam. 

Kami agak terkejut dengan harga makanan disini yang sangat murah. Kalau nak dibanding makanan sebegini di Malaysia, maunya mencecah RM200-RM300. 

Selepas makan, kami shopping di night market. Dalam sejam juga lah kami berjalan-jalan disitu. Yang peliknya anak-anak langsung tak rasa penat. Berlari sana sini. Sabar jela...

Kami checkin hotel lebih kurang pukul 12 malam waktu Malaysia. Masing-masing terus lena diulit mimpi indah.

Tempat pertama kami bergambar. Baru sampai pekan Krabi

Restoran Terapung namanya. Terletak di atas air

Muka masing-masing nampak kepenatan

Happy naik bot ke Restoran Terapung

Jalan-jalan ke night market


HARI KEDUA 3/12/2017

Pagi-pagi lagi kami bersarapan dan terus ke Pantai Ao Nang. Hari kedua kami dibawa ke 4 buah pulau iaitu Chicken Island, Poda Islang, Phra Nang Cave dan Tup Island. 

Kami berkesempatan untuk snorkling juga bersama anak-anak. Happy sangat.

Pulang ke hotel semula lebih kurang pukul 3 petang.

Berehat sekejap dalam bilik dan pukul 6 petang dan kami terus dinner di restoran steamboat. 

Lepas je dinner, adalah shopping time!!!

Kami buat aktiviti bebas di Pantai Ao Nang dengan melayan deretan kedai yang banyak sangat. Lenguh kaki oit nak berjalan.


Dalam speed boat untuk ke pulau-pulau




Bersiap untuk snorkeling

Bergambar di Poda Island

Chicken Island



HARI KETIGA 4/12/2017

Check out pukul 9 pagi dan terus bersarapan.

Selepas sarapan, kami bergerak ke kawasan untuk menaiki gajah. Anak-anak lah yang paling eksaited sebab tak sabar nak naik gajah.

Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga bila dapat naik gajah. Sejujurnya, cukuplah ini kali pertama dan terakhir. Gayat...!

Kami bertolak ke Hatyai pula untuk ke Floating Market. Di Floating Market memang penuh dengan aneka makanan Thailand. Masa ni lah kita boleh pilih macam-macam jenis street food. Sedap baq hang.


Kami sampai ke sempadan Thailand-Malaysia lebih kurang pukul 8.00 malam. Terus cop pasport dan kami bergerak pulang ke Port Dickson.

Banyak pengajaran yang Nad ambil semasa travel on the road ni bersama keluarga. Yang pertamanya adalah SABAR. 

Tak sabar untuk pergi trip Melbourne hujung tahun depan. 

Doakan ye kami selamat sampai ke sana, amin..





No comments:

Powered by Blogger.