2017 TRIP SHAKLEE : PERCUTIAN MEWAH STAR CRUISE LIBRA

22:32:00
Alhamdulillah, untuk tahun 2017 Nad dah berjaya dapatkan satu tiket percuma untuk trip percutian mewah daripada Shaklee. Kali ini, Shaklee akan belanja kami semua untuk naik cruise ke Penang-Langkawi-Phuket.


Inilah pertama kali Nad berpeluang untuk naik cruise. Sebelum ni hanya tengok sahaja kapal ni dari jauh. Memang besar sangat. Tapi besar lagi kapal Titanic kot.

Kali ni Nad akan kongsikan aktiviti kami untuk 5 hari 4 malam di atas cruise.

RABU 26/11/2017

Kami semua diminta berkumpul di Pelabuhan Klang pukul 5 petang. Nad pilih untuk pergi sendiri sahaja menaiki kereta. Shaklee juga menyediakan bas bagi mereka yang ingin naik dari KLIA atau HQ.

Apabila sampai. kami masing-masing perlu mendaftar bagi dapatkan tag nama dan menyerahkan beg. Yang bestnya trip Shaklee ialah kami tidak perlu mengusung beg ke sana kemari. Shaklee akan hantar beg ke bilik terus.

Proses untuk masuk ke dalam cruise mengambil masa yang agak lama memandangkan bilangan kami yang ramai. Lebih kurang pukul 6.30 malam baru kami dibenarkan masuk.

Masing-masing dah lapar sangat dan terus dinner di deck 9. Kalau korang nak tahu, cruise ini mempunyai 10 deck. Deck tu ibarat tingkat lah gitu.

Bagi Nad, trip Shaklee sangat spesial sebab kami mesti dijamu dengan makanan yang best-best.

Malam tu lebih kurang pukul 9.30 malam, kesemua kami perlu menghadiri taklimat untuk kawad kebakaran. Memang ini adalah aktiviti wajib yang perlu dibuat bagi memastikan tahap keselamatan adalah maksimum.

Selepas taklimat barulah Nad dapat rasa kapal mula bergerak. Sempatlah ambil angin kat luar. Syoknyaaaa....

On the way ke Pelabuhan Klang dihantar oleh anak didik TeamBintang

Di pintu masuk utama

Itu lah dia cruise yang kami naik

Siap ada banner Shaklee lagi



Cenderahati dari Shaklee di dalam bilik

Bilik kami yang dipanggil kabin


KHAMIS 27/11/2017

Kapal dah mula sampai ke Langkawi. Aktiviti kami pada waktu pagi adalah treasure hunt dan senaman.

Selepas makan tengahari, kami dibawa turun untuk aktiviti bebas di Langkawi. Masa ni Nad gunakan untuk shopping coklat sahaja untuk buah tangan anak-anak.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami dikehendaki naik ke kapal kerana kapal akan mula bertolak ke Phuket pukul 8 pagi.

Malam tu tema dinner kami ialah SARONG. Nad takde idea canggih untuk tema malam tu. Maka tersarunglah kain batik di kepala.hihi

Alhamdulillah rezeki Nad malam tu dapat menang cabutan bertuah iaitu dapat menjalankan aktivit zipline secara percuma esok di Phuket.

Harini semua dikehendaki pakai tshirt yang Shaklee yang bagi

Sepanjang aktiviti memang disediakan Performance Drink

Gembira nak turun shopping di Langkawi

Malam bertema sarung

Alhamdulillah menang cabutan bertuah


JUMAAT 28/11/2017

Hari ini kami di bawa ke Banana Island di Phuket. Di sana diadakan aktiviti snorkeling, sea walking, zipline dan parasailing.

Shaklee dah sewa separuh pantai ini untuk aktiviti kami sahaja. Lunch kami disediakan di tepi pantai. Sangat best dan sangat kenyang. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Selepas itu, kami dibenarkan menjalankan aktiviti bebas di Phuket. Nad dan kawan-kawan ambil kesempatan untuk buat urutan kaki. Kami pulang ke kapal lebih kurang pukul 6 petang.

Dinner malam kami bertemakan "Captain Dinner" iaitu lebih formal.

Lunch kami di tepi laut


Captain Dinner

SABTU 29/11/2017

Kapal dah sampai di Pulau Pinang seawal pukul 8 pagi. Nad akan turun di Pulau Pinang sahaja dan tidak mengikuti trip sehingga esok ke Pelabuhan Klang semula. Ini kerana suami dan anak-anak dah berada di kampung dan mudah bagi suami untuk ambil Nad di sini.

Bergambar kenang-kenangan di atas deck 10




Alhamdulillah selesai trip percuma Shaklee kali kedua yang Nad pernah rasa. Tahun lepas di Langkawi dan kali ni kami boleh merasa naik cruise. Happy sangat.

InsyaALLAH tahun depan Nad akan pergi ke Bangkok pula dengan Trip Shaklee. Anda semua tunggu update dari Nad ye.

Kalau anda pun teringin nak dapat trip percuma macam ni, boleh lah risik-risik dengan Nad macam mana nak dapatkannya.

Jom pakat ramai-ramai travel..

1 comment:

Powered by Blogger.