BAYI DEHIDRASI : KENALI PADA AIR KENCINGNYA

10:32:00

Ramai ibu-ibu menyusu tidak menyedari bahawa bayi mereka sedang mengalami masalah dehidrasi. Air kencing merupakan penanda aras yang baik untuk menentukan keadaan hidrasi badan seseorang. Air kencing yang sedikit, pekat, berbau kuat dan berwarna jingga kekuningan menunjukkan bayi tidak mendapat bekalan susu yang mencukupi.

Jumlah cecair badan berkurangan dan dia mungkin mengalami  dehidrasi atau kekeringan badan, Bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu biasanya akan membuang air kecil 6-8 kali dalam tempoh 24 jam. Air kencingnya banyak dan cair.


Antara tanda-tanda lain bayi kekurangan susu : -

1) Bayi kerap menangis terutamanya selepas menyusu.
2) bayi menyusu dengan kerap tetapi kelihatan tidak puas setiap kali selepas menyusu
3)  Bayi menyusu terlalu lama
4) Susu yang dihasilkan kurang dan menyebabkan tiada susu yang keluar apabila diperah oleh ibu
5) Bayi jarang-jarang membuang air besar dan najisnya sedikit. Najis bayi kelihatan sedikit keras, kering dan kehijauan.

Walau bagaimanapun, semua tanda ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ibu boleh merujuk pada kakitangan kesihatan sekiranya mereka kurang pasti. Disini saya mencadangkan anda mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE untuk membantu menambahkan susu ibu. Klik sini untuk mengetahui info lanjut mengenai set ini.

semoga dengan perkongsian saya ini dapat membantu sesi penyusuan ibu-ibu sekalian


NAD
019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.