PELEMBAB MUKA TERBAIK UNTUK KULIT KERING, PASTI PUAS HATI

07:31:00
Ramai yang tak tahu betapa pentingnya pakai pelembab muka. Di pasaran sekarang memang ada banyak pelembab daripada pelbagai jenama. Ada yang datang daripada tempatan dan ada yang dari luar negara.


Nad bukanlah suka sangat nak pakai pelembab muka ni. Sehinggalah suatu masa, kulit Nad jadi kering dan bersisik. Cuaca yang tidak menentu dan Nad pun tidak memakai protection untuk kulit menyebabkan jadi macam tu.

Selepas itu, Nad ada cuba beberapa jenis pelembab tetapi macam tak serasi. Memang hilang kulit kering tu tapi muncul pulak kulit berminyak. Kulit jadi berminyak teruk pula lepas pakai pelembab.

Hadoi..dah bertambah lagi satu masalah kulit. Agaknya Nad ni silap pilih skincare. Nasib baiklah kulit tak melecur ke, tak keluar jerawat ke. Kalau tak, memang menyesal seumur hidup.

BERTUKAR KEPADA PELEMBAB MUKA YANG BARU


Akhirnya, Nad cuba satu produk skincare baru daripada Shaklee. Katanya terbaik skincare ni sebab 8 tahun jalani kajian sebelum dipasarkan.

Mula-mula nak guna tu rasa was-was juga. Almaklumlah, kita beli satu set kan dan tentulah harganya boleh tahan juga. Ditambah pula dengan produk baru di pasaran,lebih kurang sebulan.

Skincare yang Nad pakai ni namanya YOUTH. Lebih kurang seminggu Nad cuba konsisten pakai hari-hari. Pagi petang Nad akan sapu pelembab Youth ni.




Eh, serius lain dari yang lain. Pelembab-pelembab muka sebelum ni yang Nad pakai akan tinggalkan kesan berminyak pada muka tapi pelembab Youth ni lain macam sikit. Muka Nad langsung tak rasa berminyak tapi kulit jadi lebih lembut.

TERKEJUT DENGAN KESAN PELEMBAB MUKA YOUTH


Amazingly, kulit dah tak kering selepas seminggu, Alhamdulillah. Nad teruskan guna satu set produk Youth ni dan ramai kawan bagi feedback nampak kulit lagi muda dan berseri-seri. Awwww,  perasan la pulak.

Apa yang bestnya tentang pelembab muka Youth ni, ia mempunyai SPF50 dimana memang sesuai sangat untuk lindungi kulit kita dalam keadaan negara Malaysia.
               
                                Baca " Kandungan Bahan di Dalam Youth"

Jika anda berminat untuk cuba juga produk Youth ni, boleh klik di bawah untuk dapatkan keterangan lanjut.






No comments:

Powered by Blogger.