ULSER MULUT KANAK-KANAK DAN RAWATAN ULSER YANG SESUAI

16:29:00
Minggu lepas, tiba-tiba pula Alya demam yang agak tinggi suhunya. Dah banyak kali terjadi yang ulser akan tumbuh pada mulut jika Alya demam panas.

Memang betul jangkaan ibunya. Mulut Alya penuh dengan ulser dan ini menyebabkan Alya tak nak minum dan makan.

Tapi Nad cuba juga berikan Alya minum susu melalui picagari. Itupun dibancuh sejuk-sejuk supaya tempat ulser itu berasa sedikit kebas dan tidak sakit masa minum air.

Nad memang dah biasa dengan ulser kanak-kanak ni. Antara anak bertiga ni, Alya lah yang paling kerap mendapat ulser.

Salah satu cara Nad untuk tahu yang ulser mula tumbuh pada mulut anak ialah bila air liur meleleh. Masa tu memang prepare segala rawatan ulser mulut kanak-kanak yang selalu diamalkan.

Anda mesti nak tahu apa cara rawatan ulser mulut tu kan?jom tengok satu persatu apa yang Nad selalu buat.

Ni ubat ulser yang doktor bagi. Ada jual di farmasi juga.

Ubat sembur ni agak pahit dan pedih bila sembur dalam mulut anak. Tapi bagi Nad memang mudah sebab hanya perlu sembur dalam mulut. Tak perlu nak sapu-sapu. Kena kerapkan sembur.
Selalunya Nad akan sembur ubat ulser ni sebelum bagi anak minum susu. Kalau tak, dia akan rasa pedih. Ubat ini berkesan untuk bagi rasa kebas sementara.


Nutriferon membantu kuatkan imun.
Selain guna ubat ulser yang sembur tu, Nad juga ada bagi Nutriferon ni pada anak. Selalunya Nad akan campurkan dalam susunya. Bila anak ada ulser, dia akan demam dengan suhu yang tinggi. Inisiatif Nad supaya demamnya tidak berlarutan dan ulser cepat sembuh ialah dengan memberikan Nutriferon ini.

Nasihat Nad kepada ibu-ibu yang anak mendapat ulser, kena banyakkan bersabar. Anak kecil terutama bawah 2 tahun memang akan menangis dan merengek bila ada ulser sebab memang menyakitkan dan pedih.

Bolehlah spare dua jenis rawatan ulser kanak-kanak ni kat rumah. Yang sembur tu boleh beli di farmasi sahaja dan Nutriferon boleh order sahaja dari Nad.

Kalau nak order sekarang, jangan segan silu boleh terus hubungi Nad pada nombor di bawah.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPP 019-2639545
prop2102@gmail.com


No comments:

Powered by Blogger.