6 CARA TURUNKAN BERAT SELEPAS BERSALIN SUPAYA JEANS MUAT KEMBALI

05:47:00
Penambahan berat badan selepas bersalin adalah satu perkara yang normal. Jika tiada penambahan berat badan pun, pasti ada perubahan bentuk badan di beberapa bahagian seperti bahagian perut, peha atau punggung.

Sekiranya pada awal kehamilan berat kita normal, dan berat naik dari sepatutnya sebelum bersalin..maka sangat susahlah untuk turunkan berat. Oleh sebab itulah, cadangan yang diberi oleh doktor ialah hanya berlaku pertambahan berat antara 6kg ke 10kg sahaja.

Proses nak turunkan berat badan selepas bersalin kadang-kadang mengambil masa yang agak lama dan kadang-kadang terlalu cepat. Ianya bergantung kepada faktor pemakanan ibu, proses penyusuan susu ibu, aktiviti harian ibu dan kadar metabolisme ibu itu sendiri.

Seperti saya, berat badan saya naik hampir belas-belas kilo tetapi alhamdulillah dapat kembali kepada berat asal selepas 3 bulan berpantang. Bagi saya, proses berpantang adalah proses dimana kita "menjaga dan membelai" diri kita.

Pada waktu berpantang ini proses nak turunkan berat badan sangat mudah sebenarnya berbanding selepas berpantang. Ini kerana, proses penyusuan susu ibu berlaku dengan sangat kerap dan pembakaran kalori ibu berlaku dengan sangat cepat. Ditambah pula dengan keadaan pemakanan yang kurang berminyak dan berlemak.

Sebelum ini saya selalu tengok di TV betapa mudahnya selebriti menurunkan berat badan. Rupa-rupanya kebanyakan dari mereka banyak mengikuti program-program slimmimg di pusat kecantikan. Program ini memerlukan kos yang berpuluh-puluh ribu. Alamak, mahalnyaaaaaa......

Sebelum saya share 7 cara turunkan berat badan selepas bersalin, jom kita tengok dulu bagaimana Puan Salwa berjaya turunkan berat badan beliau selepas bersalin. Saya yakin anda pasti kagum dengan semangat beliau.



Selain daripada tips yang dikongsikan oleh Puan Salwa di atas, anda boleh ikut 6 cara turunkan berat badan selepas bersalin yang saya kongsikan di bawah:

ELAKKAN DIET

Jangan memberi tekanan kepada tubuh dengan terlalu mengawal pemakanan. Ini akan menyebabkan tubuh anda stress dan proses penurunan berat badan menjadi tidak terlalu efektif. Sebaliknya, amalkan pemakanan seimbang dengan membanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Jika anda tidak dapat tinggalkan nasi, boleh menukar pilihan beras biasa kepada beras perang, beras basmathi atau beras taj mahal.

MAKANAN KAYA NUTRISI

Jika anda menyusukan anak, sebaiknya pilihlah makanan yang kaya dengan nutrisi tetapi rendah kalori dan lemak seperti ikan, daging tanpa lemak, susu, dadih, ayam dan kekacang.

MENYUSU BADAN

Terbukti dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat membantu ibu untuk menurunkan berat badan. Oleh itu ibu sekalian, manfaatkan keadaan masih menyusukan anak untuk berusaha menurunkan berat badan tanpa anda perlu mengalami masalah kekurangan nutrisi.

BANYAKKAN MINUM AIR

Kalau berpantang, ramai yang nasihatkan untuk kurangkan minum air supaya tidak " kembang". Kita sebenarnya perlu minum air kerana badan memerlukan air dengan kuantiti sepatutnya setiap hari. Tambahan pula jika menyusukan bayi. Mana nak dapat susunya jika ibu tidak boleh minum air banyak-banyak?

BERSENAM

Kita digalakkan untuk melakukan senaman ringkas selepas berpantang supaya pembakaran kalori berlaku dengan lebih banyak dan pantas. Pada masa yang sama, senaman dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan sekaligus proses penurunan berat menjadi lebih cepat.

TIDUR

Cubalah untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna. Mengikut kajian, ibu yang tidur hanya 5 jam sehari, sangat susah untuk turunkan berat badan berbanding ibu yang tidur nyenyak selama 7 jam.




Anda boleh cuba 6 cara turunkan berat badan selepas bersalin yang saya kongsikan di atas. Selain daripada 6 cara di atas, saya ingin bongkarkan satu rahsia mudah untuk percepatkan proses penurunan berat tetapi sangat selamat. Anda boleh amalkan SET KURUS Shaklee tanpa perlu bimbangkan ia akan menjejasjan proses penyusuan anda.

Saya sendiri dah cuba amalkan dengan konsisten SET KURUS Shaklee ini dan alhamdulillah berat badan saya "menten" gitu seperti sebelum ini. Kalau masih tak percaya dengan keberkesanannya boleh tengok testimoni di bawah.






Anda berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee di samping amalkan 6 cara turunkan berat selepas bersalin di atas? Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma seumur hidup.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com



No comments:

Powered by Blogger.