4 CARA ELAK CIRIT BIRIT KETIKA BERAYA

05:21:00
Apabila hari raya menjelang, sudah tentu kita dijamu dengan dengan pelbagai makanan yang enak. Ibu saya sendiri menyediakan hampir 8 juadah di pagi hari raya. Maklum sahajalah, hidangan sebegini hanya diperolehi setahun sekali.

Bukan rumah saya sahaja yang menyediakan juadah raya yang banyak, rumah jiran-jiran pun sebegitu. Memang hari raya bagaikan hari makanan untuk kami. Tetapi, nasib baiklah saya mengambil langkah berjaga-jaga ..alhamdulillah..tidak mengalami masalah sakit perut dan cirit selepas hari raya.

Kesian saya lihat ramai yang asyik berulang ke tandas kerana mengalami masalah cirit birit. Ada yang mengalami sakit perut dan cirit birit sejak hari pertama beraya lagi. Nak beraya pun rasa tak hepi je.


Sebenarnya,punca cirit birit itu berlaku kerana kita makan secara berlebihan dan makanan telah memenuhi perut. Kemungkinan usus berasa tegang dan ini menyebabkan perut menjadi sakit. Ditambah pula dengan minuman bergas yang dihidangkan ketika hari raya. Mungkin juga ada yang mengambil makanan-makanan pedas yang menyebabkan ketidakselesaan dalam perut.

Disini saya sertakan 4 cara elak cirit birit ketika hari raya :

1) Sebelum menikmati makanan, perhatikan semua hidangan yang tersedia. Kalau diikutkan nafsu, memang kita cenderung untuk mengambil semua jenis makanan. Namun, apakah kita benar-benar menginginkannya atau sekadar nafsu semata? Cukuplah sekadar menjamah hidangan yang dapat mengalas perut

2) Minumlah air masak dengan kuantiti yang sepatutnya, Banyak rumah yang menyediakan "air instant" iaitu air bikarbonat, tetapi itu tidak menjadi sebab anda perlu untuk mengabaikan untuk minum air masak. Tahukah anda? Kandungan gula di dalam air bikarbonat sangat tinggi? Ia adalah penyumbang utama kepada masalah kegemukan.

3) Di sebelah malam. cuba ambil sayur-sayuran atau buah-buahan bagi mendapatkan penghadaman yang lebih baik.

4) Seperti saya, seawal pagi saya dah siap-siap minum ESP iaitu soya protein. Ini memastikan saya tidak mengambil makanan dengan jumlah yang banyak kerana ESP memberikan saya rasa kenyang yang berpanjangan. Selain itu, saya amalkan minum Performance Drink sepanjang hari jika teringin untuk minum air bikarbonat. Saya suka minum Performance Drink ini kerana ianya berperisa oren dan tidak bergula. Bagi mengelakkan perut berangin dan ketidak selesaan perut, selepas makan saya akan ambil Pepermint - Ginger Plus. Inilah "makjun" yang paling hebat untuk buang angin dalam badan, hihihi.


Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan semua tips ni atas, memang betul-betul berkesan. Saya tidak perlu berulang alik ke tandas dan tidak mengalami masalah sakit perut.

Nak tahu kebaikan dengan lebih lanjut mengenai ESP, Peppermint-Ginger Plus dan Performance Drink? Jom saya kongsikan di bawah.

ESP (ENERGISING SOY PROTEIN)
Ia adalah susu soya protein yang dapat meningkatkan penyerapan protein ke dalam badan. Selain itu, ia dapat mengelakkan masalah angin di dalam perut dan mengatasi masalah gastrik



PEPPERMINT-GINGER PLUS
Pil yang berasaskan halia dan campuran tumbuhan herba yang lain ini sangat membantu untuk membuang angin dalam badan. Ia juga sangat membantu sistem penghadaman.




PERFORMANCE DRINK
Air yang ber "elektrolit" ini sangat membantu untuk menyeimbangkan kadar air dalam badan dan mengelakkan dehidrasi.Selain itu, ia akan membantu untuk meningkatkan kadar tenaga dalam badan.


Semoga perkongsian saya di atas dapat membantu ramai kawan-kawan bagi mendapatkan perut yang sihat dan bebas cirit birit semasa menyambut hari raya. Semoga hari raya menjadi hari yang paling yang bermakna di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama sanak saudara dan kawan-kawan.

Jika ada yang  ingin mencuba semua produk di atas ,jangan segan dan malu untuk hubungi saya kerana saya akan bantu anda untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum seperti yang anda inginkan.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com


No comments:

Powered by Blogger.