5 TIPS KAWAL NAFSU BERBELANJA MENJELANG HARI RAYA

08:44:00

Berbaki lebih kurang satu minggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tidak kira di kampung atau di bandar, suasana kemeriahannya semakin terasa apabila masing-masing sibuk membuat persiapan berkaitannya.

Tidak kira pakaian, kasut, kuih-muih, kelengkapan rumah, aksesori dan macam-macam lagi antara barangan yang menjadi pilihan orang ramai membelinya. Yang penting kita digalakkan bersederhana dan jangan membazir.

Jom disini saya kongsikan 5 tips bagi mengawal nafsu berbelanja menjelang hari raya,

TENTUKAN BELANJAWAN

Rancang perbelanjaan dengan rapi dan bersistematik untuk mengelakkan pembelian sesuka hati. Jangan keterlaluan dan anda perlu tetapkan bajet tertentu untuk membeli baju dan bawa duit secukupnya bagi mengelakkan berbelanja berlebihan.

Beli apa yang perlu dan barangan masih elok sebaiknya tidak perlu diganti.


JANGAN TERGESA-GESA

Elakkan membeli dengan tergesa-gesa. Kadangkala, pembelian saat akhir menguntungkan apabila ada peniaga yang memberikan diskaun sehingga 50% untuk sesetengah barangan keperluan termasuk pakaian.

ELAK HUTANG

Menjelang Syawal, peniaga juga bijak mengambil kesempatan untuk mengadakan promosi termasuk ambil dulu dan bayar kemudian atau menyediakan bayaran ansuran.

Pada masa yang sama, anda juga perlu bijak supaya tidak terikat dengan hutang terutama mereka yang gemar menggunakan kad kredit untuk membeli belah.

BIJAK MEMILIH

Tidak semestinya barangan berjenama popular membuatkan penampilan anda sempurna. Justeru, pilihlah berdasarkan kemampuan anda mengikut harga mampu milik.

Bagi yang ingin membeli pakaian, pastikan lebih sopan bersesuaian dengan suasana lebaran yang lebih sopan dan molek dari segi penampilan.

BELI BELAH DALAM TALIAN

Ini memang menjadi trend zaman sekarang kerana ia lebih mudah dan cepat dan tidak perlu bersesak-sesak di pasar raya. Anda hanya perlu duduk di depan komputer atau smartphone, dan mampu dapatkan barangan dikehendaki dan sesetengahnya lebih murah daripada harga pasaran.

Memang anda perlu tanggung beberapa risiko antaranya kemungkinan ditipu. Sebaiknya pilihlah jenama barangan yang kukuh bagi mengelakkan sebarang risiko penipuan.



Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu kalian semua berbelanja menjelang hari raya. Yang penting kita digalakkan bersederhana dan tidak membazir.

No comments:

Powered by Blogger.