Wajib Kaya Untuk Palestin

09:37:00
Anda semua pasti sedia maklum mengenai isu Palestin dimana mereka sedang bergelut dengan regim zionis Israel. Anda juga pasti sudah tahu berapa ramai nyawa yang terkorban termasuklah kanak-kanak, ibu hamil dan orang-orang tua. 





Tetapi..apakah yang mampu kita lakukan? Adakah hanya melihat sahaja dan melahirkan rasa sedih atas apa yang mereka yang alami? adakah cukup hanya berdoa semoga Allah melaknat kaum israel?
Disinilah wujudnya perkataan "Kita Wajib KAYA". 

Kalau kita lihat kembali, kenapa banyak negara hanya berdiam diri ketika Palestin diserang oleh Palestin? ini kerana, kaum Israel ini disokong oleh negara-negara yang kaya dan kuat. Terlalu banyak dana yang disumbangkan untuk israel bagi membantu mereka membeli kelengkapan peperangan. 

Apa yang kita boleh sumbangkan untuk membantu Palestin??????cukupkah hanya RM1 atau RM10 sahaja????????? Oleh itu..kita WAJIB KAYA!!! kita wajib kaya untuk berjihad ke jalan Allah. Membantu mereka yang memerlukan. Ramai yang takut bila sebut perkataan KAYA. Rasulullah sendiri adalah seorang yang kaya dan berkahwin dengan wanita yang kaya tetapi beliau memilih untuk hidup secara bersederhana. Anda sendiri kata...nak ikut sunnah nabi..maka..pilihlah untuk jadi KAYA wahai rakan-rakan sekalian...

Oleh itu..wahai rakan-rakan yang membaca entri saya ini..marilah kita berubah untuk memberi dengan lebih banyak dan banyak untuk berjihad ke jalan ALLAH. Jangan takut untuk menjadi KAYA. Anda mesti "percaya sebelum berjaya" dimana anda mesti percaya dengan KAYA anda pasti dapat membuat lebih banyak amal kebajikan...

Wallahualam...

No comments:

Powered by Blogger.