PANDUAN PENJAGAAN KULIT UNTUK CANTIK DI PAGI SYAWAL

Syawal semakin menjengah. Tidak sabar rasanya mahu menyarungkan busana baharu yang sudah ditempah sejak beberapa bulan yang lalu. Tiba-tiba teringat satu perkara. Alamak!!! kulit muka!! Tidak bermaya dan kusam. Apa yang perlu dibuat? Usah panik...tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan penyelesaian terbaik. Apa yang hendak digusarkan. Jom ikut tips yang saya kongsikan ini.

1) Jika anda pemilik kulit kering, pilih skrub tanpa biji kerana skrub berbiji akan menggalakkan lagi pengelupasan dan merangsang rasa sakit.

2) Pilih produk yang melindungi kulit daripada sinar UVB dan UVA.

3) Elakkan mengambil produk yang mengandungi wangian, alkohol dan lanolin. Bebas pewangi bukan bermaksud tiada bahan kimia, jadi anda perlu lebih teliti memilih produk yang sesuai dengan anda.

4) Jika kulit anda kemerah-merahan selepas memakai sebarang produk penjagaan kulit mahupun alat solek, sila hentikan menggunakannya. Itu adalah gejala kulit anda sedang mengalami irritasi.

5) Jika anda mempunyai kulit berjerawat,anda tidak digalak untuk mencuci wajah dengan kerap.

6) Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biarkan ia kering sendiri kerana ia akan kembali meresap ke dalam kulit dan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

7) Sebaik-baiknya, ambillah suplimen yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Antara suplimen yang saya cadangkan ialah Vitamin E Complex, Vitamin C dan B Complex


jika anda inginkan konsultasi mengenai kecantikan kulit, sila hubungi saya di

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com


No comments:

Powered by Blogger.