TIPS TAMBAH SUSU BADAN SUPAYA BERAT ANAK NAIK BERKILO-KILO

17:17:00
Tiba-tiba pula nak kongsikan tentang tips tambah susu badan. InsyaALLAH Nad akan kongsikan mengikut pengalaman sendiri menyusukan 3 orang.

Bagi Nad, menyusukan anak sepenuhnya adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Tambah-tambah Nad ni seorang ibu yang bekerja. Banyak sangat masa diperlukan untuk menyediakan stok susu EBM.

Disini Nad kongsikan tips untuk tambah susu badan supaya berat anak naik berkilo-kilo.

1) Nad akan pastikan stok susu dibuat bermula dari hari berpantang. Ini bagi memastikan diri Nad sendiri terbiasa dengan sesi mengepam supaya tidak janggal semasa bekerja. Ini secara tidak langsung dapat merangsang pengeluaran susu badan dengan lebih banyak.

2) Minum air lebih 4 liter sehari. Nampak banyak kan? tapi itu sedkit sebenarnya. Kita sebagai ibu menyusu memang memerlukan banyak sangat kuantiti air bagi membantu pengeluaran susu. 

3) Makan seimbang dan mengikut jadual. Apa yang Nad perasan, jika Nad banyak mengambil sayur-sayuran, alhamdulillah susu jadi sangat banyak. Lagi satu, masalah akan timbul bila Nad mula skip makan. Masa tu akan berlaku pengurangan susu badan dan jika asyik dibiarkan mungkin skan memberi efek kepada pengeluaran susu.

4) Banyakkan berzikir dan berdoa. Semasa mengepam susu. Nad akan banyakkan berzikir YA MATIN bagi memudahkan pengeluaran susu. 

5) Berfkiran positif dan tidak stress juga menjadi faktor untuk pengeluaran susu. Ramai yang tidak tahu yang stress boleh menganggu susu. Oleh itu, mak-mak semua mesti kena sentiasa hepi ye.

6) Nad memang mengambil suplimen untuk  bantu penyusuan Nad. apa yang Nad dapat rasa, sejak ambil suplimen, susu Nad menjadi lebih banyak. Yela, suplimen akan bantu memberikan tenaga dan kurangkan stress. Bila ibu-ibu ceria selalu, tentulah susu badan pun akan bertambah.

Nad rasa cukuplah 5 sahaja tips tambah susu badan. Jika anda rasa perkongsia Nad ini bermanfaat, bolehlah sebar-sebarkan. 

Untuk sebarang pertanyaa, boleh terus hubungi Nad.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.