RESEPI ROTI GEBU DAN LEMBUT

07:53:00
Salam..

Disebabkan terlalu ramai yang bertanyakan resepi roti gebu yang Nad selalu buat, maka meh sini Nad nak share.

Sebenarnya resepi ni Nad dapat daripada sorang sahabat. Alhamdulillah beliau murah hati sangat nak bagi. Ala korang, banyak je resepi lain kat google, cuma korang nak buat ke tak je,hihi.

Ok lagi satu Nad nak pesan, buat roti ni perlu kesabaran yang tinggi. Tak boleh expect sangat buat kali pertama terus jadi. Nad ni rasanya dah berkilo-kilo tepung rasanya buat baru la jadi.

Apa yang penting, tak boleh putus asa ye. Kene terus je buat.

Resepi roti gebu dan lembut :

280ml air air sejuk
1biji telur
80g  marjerin
80g  gula kastor
1sudu kecil garam
15g  kfine /supercream ( boleh cari di bakeri)
400 g tepung high protein
200 g tepung superfine/gandum
1 peket yis (11g)
1 sudu besar serbuk coklat (Kalau nak buat roti coklat)

Cara-caranya :

1) Korang campur je semua dan uli lah. Kalau ada breadmaker, boleh uli dengan breadmaker.
2) Lepas uli, terus bentukkan seperti yang korang nak.
3) Biarkan sehingga kembang 2x ganda
Roti loaf, boleh sapu dengan Nutella ke.
4) Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 20-30 minit mengikut oven masing-masing.
5) Selepas siap, biarkan sejuk dulu baru potong tau.


Ok korang, cubalah ye. Jangan peram je resepi ni tau. Nah antara gambar roti-roti yang Nad dah buat.



Panas-panas dari oven, sedap dimakan sebab lembut sangat

Roti bun coklat kegemaran ramai. Yang ni letak inti coklat

Roti topping oreo tengah tunggu untuk dibakar

Siap untuk dimakan

Tak sampai sehari dah habis

Roti bun coklat sebelum dibakar

Ok korang, jangan lupa cuba tau. Doakan Nad dikurniakan rezeki melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik ye.

No comments:

Powered by Blogger.